nuffnang advert

Wednesday, August 15, 2018

Pattani Tomyam, Jalan Langkawi. Oiiii lazat!

Assalamualaikum semua...

semalam petang balik keje terus gi Danau Kota...
ajak encik laki makan kat satu kedai tomyam yang sedang viral...
sana sini org duk citer pasal kedai ni...
eh, i pun mesti lah kena terjah jugak kan...
nama pun viral..haha...
ala, lagi pun tak jauh sgt dengan ofis...
so, balik keje sempat je menyinggah...

kedai ni kat Jalan Langkawi...
ehsan pic ni dari mek jah...tq jah!
semalam cari kedai ni pakai google maps...
kedai ni tepi jalan je, senang nau nak cari...hehe...

pic ehsan dari mek jah jugak..hehe...

ok dah sampai...
keadaan dalam kedai...
kedai tak besar mana pun..
kalau terlebih muatan, dorang akan bukak table kat luar..

kedai mmg ramai okehhh...
i sampai semalam pukul 6 petang pun table hampir penuh...
tapi rezeki i la dapat food cepat...
duduk dalam 10 minit dah sampai food...
Alhamdulillah...

ok lah, nak citer pasal menu pulak,
kami laki bini amek pakej untuk 2 orang...
dalam pakej tu ada:
siakap (boleh masak apa2 je)
tomyam
telur dadar
nasi putih 2

pakej ni harga dia rm45...
pada i tak mahal sangat la...
ok la kot...

pakej yg kami ambil tu patutnya ada tomyam kan...
tapi i tukar dengan ayam goreng kunyit,
sebab siakap i mintak masak kaeng som,
so tak nak la lauk tomyam jugak kan...
sebab kengsom tu pun dah masam2 pedas...
kalau tomyam lagi, dah terlebih berkuah pulak nnt..
tu yg mintak tukar dengan ayam kunyit...
best wehh ayam kunyit dorang...
ayam garing, isi ayam lembut...

telur dadar nasib baik ada dalam pakej...haha...
telur dadar is wajib okeh!

ni diaaaa...
siakap kaeng som...
festaim i try makan menu ni sebenarnya...
memang sedappppppppp...
pedas2 masam dia mmg umphhh!
lebih kurang asam pedas kita jugak la...
cuma asam pedas kita kaler merah, dorang kuning...
pastu dalam kuah dorang letak nenas dan kangkung sekali...
uiiii memang win!

close up sikit...
siakap ingatkan kecik je, rupanya dapat besar jugak...
siap kami tapau bawak balik sebab tak abes...
malam ni nak sambung makan lagi kengsom ni...hehe...

pinggan i...
berpeluh2 kesedapan makan semalam...
serius terbaekkkk...

next time i nak try mee hijau celup dia,
pastu nak try jugak nasi kombok dia...(nasi minyak Thailand)
oiiii semua menu menggila...
no wonder la sis Sheila Rusly selalu lepak makan kat situ...
mmg lazat2 kekdahnya...

ok, ni ig dia...
uolllsss boleh cuci mata tengok menu2 dorang...
sambil telan2 air liur...
pada sesapa yang boring tak tau makan mana, boleh try sini...
mmg rasa masakan macam kat Thailand!

13 comments:

Kakcik Nur said...

Siakap tu memang nampak sangat menyelerakan. Sedap hirup kuah dia... :)

dear anies said...

warghhhh semua nmpk sedapppp

Amanda Suria said...

Alaaaaa...jauh la kan...hahaha..aku pun x tau nok Danau Kota ni kat mana..padahal duk Sg Buloh je pun

Rapunzel Cikilolo said...

sedapnya.

hanim said...

tau kedai ni kat mana tapi xtau viral...hehehe dekat ngan umah mak sy ni..ok nnti leh try

NM03 said...

tengok sipi2 si baju kuning tu terus rasa begetar tulang rusuk. auchhh!!

sudipVSsenduk said...

ikannya nampak fresh

Norlaili A Wahab said...

terliur pulak nengok kaeong som tu. siap ada nenas + kangkong

Siti Yang Menaip said...

sedap2 nampak semua hidangan tu =)

CikLily Putih said...

mak oi jauh bebenau ermm nanti weekend ke singgah KL boleh ke sini

HeNRieTTa JoSe said...

rietta pun xpernah makan masakn kaengsom tu...sedap erk...boleh la cuba nnti....

I am LZ said...

Pagi begini tengok makanan terus lapar semula padahal baru lepas breakfast.. Nampak sedap semuanya. Unfortunately jauh nun di sana..

Hazmin Hamudin said...

Jauh pulak kat danau kota sana. Siakap Kaeng Som tu macam menarik.