nuffnang advert

Wednesday, May 24, 2017

kelapa punya hal

Assalamualaikum semua...

korang pernah rasa susu perisa kelapa?
mula2 aku macam rasa curious masa Eqa cakap pasal susu ni...
aku macam errrr, macam mana pulak rasa dia tu ye...
susu tapi rasa kelapa?
dah la aku ni bukan jenis minat sangat apa2 yang rasa kelapa ni...
tapi aku peminat tegar susu..
apa2 jenis susu aku suka minum..
tapi tu lah, bila susu digabungkan dengan kelapa, aku macam errrrr??

tapi satu hari tu, Eqa bagi aku sekotak untuk try...
dia cakap sedap kak....akak try la..
ok, aku kan akak yang sayangkan adik dia...
demi Eqa, aku turutkan jua....muahahaha...

oiiii baru sekali sedut, aku dah tersandar kat dinding okeyyy...
tersandar sebab terkejut...
terkejut sebab tak sangka susu kelapa ni lazat nya ya Rabbi...
Eqa cakap rasa dia macam dadih,
tapi pada aku, dia lagi sedap dari dadih...ha gituuu...
selalu kan kita biasa dgn susu perisa strawberry la, coklat la, pisang la...
dan kali ni gabungan dengan kelapa ni betul2 menjadi...
tapi flavor ni tak banyak kedai yang jual...
kalau nak jumpa pun maybe kat hypermarket je la...huhu...

ni satu lagi perisa kelapa...
korang mungkin dah try biskut Gery yang viral tu kan...
biskut ni dia ada keluarkan flavor cheese ngan coklat...
yang cheese tu aku mmg suka sangat la...
rupanya yang kelapa ni pun sedap tau...
aku yang tak berapa 'in' sangat dengan perisa coconut, aku boleh makan biskut ni...
ni pun Eqa jugak yang beli dan suruh aku try...
ha kan aku cakap, aku ngan Eqa ni mmg suka sangat makan...
kami ni mmg suka try something new...
pastu kalau sedap mmg akan repeat...
tu yang sama2 badan naik sekarang ni...grrrr...
lepas makan benda sedap je jadi stress...hahahaha...


ok lah, sekian cerita orang yang tak makan perisa kelapa,
tapi dah jatuh hati dengan susu kelapa...huhu...

18 comments:

mama tisya said...

eh dutchlady kelapa..baru ek..tkde nmpk lg...nanti jumpa nk try la..yg biskut gery perisa kelapa dh try juga..sedap juga tp paling sedap perisa cheese hehe

ain.ya.nun. said...

sebab ko lah haritu aku cari mister potato ungu tu. lepas ni nak kena pi cari susu kelapa lak dah. haha.

#mudahterpengaruh #blogertakseberapa #haha

Nurulhuda Abdul Latip said...

Thanks for the info, bolehla aku try nanti
Mcam sedap jer

Norhayati Mohd Isa said...

Susu perisa kelapa tu akak tak pernah cubalagi..
Nanti nak cuba..

Yg biskut garry tu dah rasa perisa kelapa mmg sedap meletop..

jeBateja said...

Boleh buat puding ni.....

norhidana miswan said...

nk tryla, yg biskut gery tu pun aku tgk je, nk try tkt tak sedap...sbb ko dh kata sedap kene try nih...

yg susu pun nk try jgkla nnti

dear anies said...

then u should try satu produk ni... susu kelapa (santan) asli... dah dibotolkan. kaler pink. halal. cari kat giant. tp mahal sikit... RM4++ SEBOTOL...

hasnidar Ramlyy said...

baru nak try yg cheese tu....

Inani Hazwani said...

Biskut tu tak pernah try lagi yang kelapa. Macam sedap :D

mamapp said...

Sedap eh

akubiomed said...

Tentu rasanya lemak berkrim. :)

Amanda Suria said...

Alaaaaa...terus rasa nak cari la...

idzwa kamaruddin said...

Ko punyer tersandar buatkan aku pulak nak mencari benda nie !

Fiza Rahman said...

Sedap erk DL kelapa tu. Biskut gery selalu aku beli coklat & cheese. Kelapa tak try lagi.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

nak tryyyyyyyy ...haha baca pun boleh terasa sedap acaner? tahniah la berjaya mempromosikan produk berasaskan kelapa ni..hihihihi

Cik Rose said...

Tak pernah jumpa lagi susu perisa kelapa ni. Baru tadi beli susu dutchlady, perisa coklat. Tengok tak ade pun kelapa...

Emarieys said...

susu kelapa..dalam otak set..tak rasa macam santan ke....hehehe

nini said...

Eh ada ek....tak pernah jumpa pun...tapi seriusly kalau nescafe coconut tu sedap...rasa lemak lemak gitu