nuffnang advert

Saturday, October 13, 2012

Ratusan peminat ucap selamat buat Bachchan





BACHCHAN melambaikan tangan ke arah para peminat di luar rumahnya di Mumbai semalam.


MUMBAI - Ratusan peminat aktor legenda Bollywood, Amitabh Bachchan berhimpun di luar rumahnya di sini bagi memberikan ucapan selamat ulang tahun kelahirannya yang ke-70 semalam.

"Hari lahir adalah hari yang istimewa buat semua... tidak terkecuali diri saya," kata Bachchan di akaun Twitternya.

Dia mempunyai 3.5 juta pengikut di Twitter.

Para peminat itu turut membawa kalungan bunga untuk dihadiahkan kepada pelakon tersebut. Pelakon itu turut menemui dan melambaikan tangan ke arah para peminat yang berada di luar rumahnya.

Parti sambutan ulang tahun kelahirannya juga diadakan di rumahnya yang dihadiri aktor terkenal, Shah Rukh Khan.

Berdasarkan senarai tetamu, 800 orang diundang untuk menghadiri parti tersebut.

Bachchan telah berlakon lebih 150 filem termasuk Sholay, Deewaar dan Don.

Ketika membintangi filem Coolie pada 1982, dia nyaris maut apabila limpanya pecah semasa melakukan adegan pergaduhan.

Bachchan bakal membuat kemunculan dalam filem Hollywood bersama pelakon terkenal Leonardo DiCaprio dalam filem The Great Gatsby.

Filem itu akan ditayangkan pada tahun depan. - Agensi



sumber: kosmo
12/10/2012

23 comments:

Unknown said...

dah 70 tahun dan Amitabh Bachan ni, tapi kuatlagi berlakon kan. Minat dia juga...)

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

femes btul dia...dulu2 zaman tgk bollywood kat tv 2/ tv 3..minattt jugak

mama aini said...

ehem ramainya peminat dia.. :) mama pun minat jugak !!..

Nisa Greennnpanda said...

wah..dh 70 thn dh tp still nmpk tegap & macho, hehe.. ^_^

Run Away said...

lama tak singah blog..k'ida...k'ida makin cute ar...;d....suka tgk dia belakon gak..encem...;d

Munn Jaafar said...

dh pnh tgk cucu dia? comel!

Kakzakie Purvit said...

Wow!! Amitabh Bachchan dah 70 tahun tapi masih hebatlah... anak dia pun tak sehebat dia..

Anonymous said...

dah tua2 pun ade peminat ye...

.:fyzz:. said...

Aku dok ingt dia br 60 thn gitu...aku pun minat big B

JunAina said...

Ini kalau berlakon jadi hero sanggup akak tunggu depan TV...kehkehkehhh...

ieja amieja said...

akk salah sorang peminat tegar dia..sejak kecik lg akk selalu tgk filem lakonan dia..

Cikgu Ma said...

tak minat sangat pun kat pak cik ni...hehehe

HeNRieTTa JoSe said...

Rmainye.....dh 70, to fit lg....

akubiomed said...

Dengar khabar beliau tidak mengenakan sebarsng pembayaran untuk lakonan bersama Di Caprio.

azieazah said...

He is a legend!

kurus said...

dah 70 tahun erkk
suke tgk dia ..
untungnyaaa ashwarya dpt FIL yg sporting macam dia ;)

cheryna zamrinor said...

i wish ramai org wish sha macam tu utk birthday kita hari nieh. but then...it took years for him to be recognised:)

Unknown said...

makin laku si tua ni

Myra Jay said...

Walaupun dah tua tp peminat tetap terus menyokong..
Cayalah :)

Jahirah said...

ramai peminat dia....lakonan mantap..

Izan Ishak said...

peminatnya masih setia walaupun dia dah berusia.

iera said...

wahh..sambut hari lahir pun leh jadi camtu..femes giler die ni kat sane...peminat fanatikk tuuu

Zura Tahir said...

dah tua2 pun glemer lg kan dia nie..