KAHERAH: Isteri presiden baru Mesir, Mohammed Morsi, Naglaa Mahmoud, 50, berkata, beliau lebih selesa menjadi ibu, suri rumah dan mengurus keluarga berbanding melaksanakan tugas sebagai isteri presiden.
“Panggil saja saya Umm Ahmed (bermaksud ibu Ahmed merujuk kepada nama anak sulungnya) atau Ukhti (kakak) atau Hajah. Islam tidak membezakan seorang wanita dengan wanita yang lain. Kita semua adalah rakyat Mesir dan perlu bersatu demi negara,” katanya dalam satu temuramah yang dipetik media Mesir.
Kedudukan sebagai isteri presiden, menjadikan Naglaa bahan perbincangan dikalangan media dan laman web online, berikutan imej bertudung yang ditampilkannya dianggap kurang sesuai.
Namun Naglaa ternyata selesa dengan apa yang digayakannya selain kehidupan sederhana bersama suami dan anaknya.
Beberapa laman web turut membandingkan beliau dengan isteri bekas presiden Hosni Mubarak, Suzzane, yang sentiasa tampil dengan sut dan pakaian ala Barat.
“Adakah anda cuba menggoda saya Puan Morsi?” tulis sebuah laman web hiburan di Kaherah yang turut menyiarkan gambar Naglaa yang bertudung.
Bagaimanapun, beberapa penganalisis berkata, pakaian yang dipakai Naglaa adalah pakaian biasa kebanyakan wanita Mesir.
“Jika ada ke Zamalek dan Heliopolis di Kaherah, ramai wanita Mesir memakai pakaian yang sama seperti Naglaa. Malah, saya yakin lebih ramai wanita berpakaian seperti beliau berbanding fesyen yang digayakan Suzanne,” kata seorang penulis blog.
Berikutan kemenangan suaminya, Naglaa dan keluarganya kini berpindah ke istana presiden. Naglaa sebelum ini memberitahu akhbar harian Egypt Today bahawa beliau tidak mahu tinggal di rumah yang pernah didiami Mubarak.
“Saya sedang berusaha mencari rumah lain di di pinggir Kaherah untuk memudahkan saya mengundang dan melayan tetamu dengan lebih baik,” katanya. – Agensi
sumber: berita harian
28 Jun 2012
12 comments:
emmm mcm tulah isteri solehah...
mmg na jdi isteri soleha la tue...hehehe
Bersederhana kan lebih baik....:)
datang lagi...he..he..akak tunggu gambar majlis perkahwinan adik ipar wahida...:)
Alhamdulillah pemerintahan mesir telah kembali ke tangan pemerintahan Islamik..kalau dulu hosni menjadi patung pihak barat kini pemimpin baru tidak lagi..harap2 lama lah morsi bertahan..kalau dulu pemimpin ikhwanum muslimin ada yg ditembak mati..kita doakan yg terbaik untuk saudara seagama ya...
isteri solehah...
bila org menutup aurat dpandg pelik.. manusia akhir zamn.. nauzubillah..
jom baca kejap..=D
http://lolz-l.blogspot.com/2012/06/bapa-juta-dah-mu-derma.html
bagus nya kan....
Isteri mithali & solehah. teringin nak jadi surirumah sepenuh masa... apakan daya
isteri utk suami yg baik adalah yg taat disisi suami dlm apa jua keadaan sehingga allah tidak izinkan :(
ehem isteri yg baik adalah yg bersederhana penampilannya !!!..bagus kan isteri presiden mesir ni..
Bukan mudah untuk menjadi isteri presiden kerana segala tindak tanduk menjadi perhatian.
Post a Comment