nuffnang advert

Wednesday, June 8, 2011

soal jwb agama: status hubungan angkat dlm Islam dan suami kaki video lucah

STATUS HUBUNGAN 'ANGKAT' DALAM ISLAM


Saya adalah seorang pelajar di institusi pengajian tinggi. Saya mempunyai seorang adik angkat lelaki. Dia berusia 15 tahun dan saya amat sayangkannya.
Berdosakah saya menyayangi dan merindui seorang lelaki bukan mahram dan menganggapnya sebagai seorang adik angkat?

KARMILA
Selangor




HUBUNGAN angkat bermaksud: “yang dijadikan atau diakui (anak, ayah dan lain-lain).” (Kamus Dewan 2005: 60) Ini termasuk anak angkat, abang angkat dan adik angkat.

Ia membabitkan keturunan dan perhubungan. Dalam Islam, mengambil anak angkat dibenarkan. Bagaimanapun, anak anak angkat tidak dibenarkan berbinkan ayah angkat kerana ia membabitkan keturunan dan pembahagian harta pusaka.

Mengambil adik atau abang angkat pula yang sejantina dibenarkan dengan tujuan mengeratkan perhubungan.

Bagaimanapun, apabila ia membabitkan perbezaan jantina seperti kes anda di atas, hubungan berkenaan perlu dinilai sama ada ia membabitkan hubungan lebih bebas seperti antara mahram (adik beradik dan sebagainya) dalam soal aurat, sentuhan dan sebagainya.

Sudah tentu duduk bersendirian antara adik dan kakak angkat dilarang. Selain itu rasa rindu dan sayang membabitkan nafsu juga dilarang.

Saya berpendapat, anda hendaklah perlu berhati-hati dalam hubungan angkat supaya tidak melampau batas pergaulan dalam Islam, iaitu antara wanita dan lelaki bukan mahram.




SUAMI KAKI VIDEO LUCAH
Suami saya seorang mualaf. Dia memeluk Islam sebelum saya mengenalinya lagi. Melihat inisiatif dan kesungguhannya mendalami Islam membuatkan saya bersetuju mengahwininya.
Namun, baru-baru ini saya dapati dia suka menonton video lucah. Malah, saya juga terjumpa video dia memasang kamera di dalam tandas rumah saya ketika keluarga saya berkunjung ke rumah kami.

Saya sangat marah dan malu dengan perbuatannya itu. Sekarang sudah tiga bulan saya tidak bercakap dengannya. Bagi mengelakkan pertengkaran saya masih menyediakan segala keperluannya.

Salahkah saya memohon cerai kerana benci melihat mukanya? Walaupun suami masih lagi menunaikan solat, namun dia tidak pernah meninggalkan tabiat buruk itu.


ISTERI KECEWA,
Johor



PERTAMANYA, persoalan menonton video lucah adalah jelas ia haram dan berdosa. Ini kerana menonton video lucah melanggar batasan agama, iaitu dengan (1) melihat perbuatan zina yang diharamkan Allah, (2) melihat aurat yang diharamkan terutama bahagian sulit.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain,” (3) terbayang wajah dan aksi pelakon video berkenaan dalam hubungan suami isteri (4) menimbul prasangka buruk antara suami isteri (5) merangsang untuk melakukan perbuatan maksiat dan dosa sama ada pada keluarga atau orang lain.

Kedua, memohon perceraian dengan alasan tidak dapat hidup bersama lagi kerana sudah membenci suami akibat dari tabiat buruknya sama ada ia salah atau tidak.

Secara umum ia boleh dijadikan alasan untuk bercerai. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa perceraian adalah penyelesaian terakhir konflik rumah tangga.

Ada banyak cara dan kaedah penyelesaian masalah terhadap hubungan antara suami isteri. Al-Quran membayangkan penyelesaian kepada isu suami bermasalah ini dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz, atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik; sedang sifat bakhil itu memang tabiat semula jadi manusia. Dan jika kamu berlaku baik dan mencegah diri (daripada kezaliman), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Nisa’ ayat 128)

Dalam kes anda, ada baiknya untuk berunding dan berbincang secara baik sambil menasihati suami supaya tidak meneruskan tabiat sedemikian.

Ini sebahagian daripada usaha damai (sulh) antara anda suami isteri. Mungkin panduan daripada kaunseling pejabat agama dapat membantu sedikit sebanyak.

Berpandukan kepada ajaran agama yang mementingkan kesucian rohani dan pembentukan akhlak yang baik, nescaya suami boleh berubah dan kembali kepada kebenaran serta akhlak mulia.

Berilah peluang kepada suami untuk berubah kerana setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan dan dosa.


p/s: ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya....
sumber: harian metro

34 comments:

NM02 said...

komen aku larik topik n3 kau tau..















tak sabar nak packing baju!!!!!!! hati, jiwa, naluri, tubuh badan dah dekat ismail group. hahahaha

gedek! said...

OK OK...

uncle keluarkan kamera video dari dalam toilet tu...

huh!

bujal X said...

uncle gedek memang siut~haha~~

wida said...

tazkirah hari ni..like:)

♥Mrs.Eady♥ said...

nice entry :)

Ayuraza said...

apa ni uncle..biar betikkk..hehe
tapi kan saya nak komen sikit la..kalo saya pun mungkin akan buat benda yang sama..

melihat video ahli keluarga...subhanallah..susah nak terima tu.... harap ada la penyelesaiannya ok..

uncle..jangan gatai2..hehe

Raji and Yeen said...

owh wow ad sesi tazkirah..
thx for sharing.. isteri mainkan peranan yer ;D

..::SangRatoo::.. said...

saya LIKE juga entry ini :D

MaMa AiNi said...

hidup ni penuh dgn konflik !.bab video ni..byk kejadian2 sumbang mahram kerana penjualannya secara terbuka n sesiapa sahaja blh membelinya..

kasihredha said...

uncle jgn nakal2 ye

Jo Qusary said...

uncle itu menakutkan.... O_O

Hanis Azla said...

pasal rakam video tu, klu akka pun rasa mcm susah nak terima..

mama_iris said...

uihhh lama x singgah sini tetibe aku ingat aku salah masuk blog......insap aku jap......

thanks for the info..=)

nurkass said...

tak yah la berangkat2 bagai..sonang cito..

mmg kuang ajau laki dia tu..haihhhh

ZSqueenbee said...

saya pon LIKE n3 ini..ilmu yg berguna utk d kongsi bersama..tenkiu kak wahida..

NOOR FATIN said...

wah. adik angkat ni kalau berlainan jantina, kita mmg xleh nak pegang2, mcm adik sendiri. heee walaupun adik angkat, dia tetap bukan adik kandung..

si suami tu, aduhh. =,=

chichi said...

hahahahaha..lawak uncle nye komen.
adoiii...apakejadah la perangai mcm tu...

syufaa said...

ohhh.ilmu yg brmnfaat! tenkiuuu.. :)

MULAN said...

tq for sharing...

lecikang tu bikin molot ternganga...

Dilla Ady said...

suke la bace segmen nih wahida...menambah ilmu dan ada terjadi dalam kehidupan seharian kan?

Gieyana said...

thks for sharing...gd info nie..

JARI YANG TERBARAI said...

hmmm bab2 angkat ni gua tengok pempuan la suke sangat... gua dulu masa tulis kat blog lama ramai gak yg nak buat jadi abang angkat, tapi takde plak yang ajak nak buat suami hehehe

Acik Erna said...

wahida..aklau dah sampai pasang kamera ditoilet masa keluarga datang..sapa pun marah kan.

James Alexander said...

x pernah ade hubungan angkat2 ni...

x minat...

NzA said...

xde kerja ke si suami tu.....

sha a.s said...

gud entry da..... :)

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Nice N3..
adeii..c suami sampai sanggup pasang kamera tu..hmmm..xde keja lain dh..

MasZuber said...

gile la suami tue memang gile sex sampai letak kamera dalam bilik air. freaky

Seksi Bani said...

boleh record dan jual video2 klip tu.. ooopss! hehe..

p/s: salamm...

mummysyafie said...

ada gak orang camtu ke? tattott nya..

nice one dear..

Ena said...

sampai tu sekali.. tgk video gitu pun tak leh terima inikan pulak rakam ahli keluarga yg datang... mau perang besar dibuatnay tu... nauzubillah..

etiey.com© said...

wah rajin ko godek nok.. baguslah utk pembacaan kan.. tq is sahring!

aDieyZa said...

entry yg berguna & bermanfaat.. gud job sis..

bunga said...

fuffff..kes no 2 tu...bahaya kan..

entri ni bagus..:)tq sis..