nuffnang advert

Showing posts with label nightmare. Show all posts
Showing posts with label nightmare. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

bila ular tedung masuk rumah

Assalamualaikum semua...

hari ini ada kekuatan sedikit untuk menulis tentang ular tedung masuk rumah malam semalam...susulan dari entry ini dan sila la bertabah jika entry ini terlalu panjang untuk dibaca...


Di awal kejadian:

Kebiasaan, aku naik tingkat atas awal sikit dari hubby, hubby kadang2 tido lambat, dia akan setelkan keje2 dia dulu...so, aku pulak lepas dah siapkan kerja rumah, layan Bukan Kerana Aku Tak Cinta, buatkan teh tarik utk hubby dan temankan dia berbual sekejap, aku akan naik atas nak tido, tak larat nak tunggu hubby lama2, aku pun dah hampir lelap masa tu, ngantuk sangat kekdahnya...anak2 pulak malam tu dah tertidur di hall..lampu dapur pun dah tutup masa tu..
tetiba hubby dukung si adik naik bawak masuk bilik kami diiringi si abang yang terpisat2 kena kejut..muka hubby nampak sedikit panik..
aku tanya "kenapa ni yang?"
"ada ular"
"haaaa??"
aku tak sempat nak tanya banyak, hubby dah tergesa2 turun balik...
aku pulak dlm dilema, nak turun bawah sekali ke tak, sudahnya aku duduk bersila lama atas katil dan ambil keputusan intai je kat tangga...
aku tanya hubby, "ular tu kat mana?"
"tepi peti ais"
"besar ke?"
"agak besar"

hubby pulak aku tgk berkira2 sama ada nak bunuh ke tak ular tu, tapi kalau tak bunuh, ular tu mmg membahayakan nyawa kami sekeluarga, dan kemungkinan besar dia akan masuk lagi rumah kami mmg ada lah kan, tak pun dia akan masuk rumah jiran2 pulak...huhu...
so, kami decided utk bunuh ular tu...tapi dalam hati hanya Allah je yg tahu mcm mana berdebar nya aku malam tu, aku tanya hubby nak bunuh ular pakai apa? dia jawab dengan kayu hoki...oh, baru teringat hubby mmg ada simpan kayu hoki kat bilik bawah...
pastu aku tengok hubby dah bersedia nak bunuh, tapi aku jerit dulu, "yang, sebelum tu baca 4 Qul dulu" hubby angguk.
lepas tu aku jerit lagi, "yang, panggil bomba je la..."
hubby diam.
lepas tu aku jerit lagi, "yang, panggil Shamsul la (jiran sebelah rumah)"
hubby diam.
so, bila hubby diam, tahu lah aku bahawa hubby nak lawan dengan ular tu sendiri, tak nak tunggu mana2 bantuan, aku tahu dlm kepala dia fikirkan kami anak beranak..so, dia kena cepat bertindak..so, aku biar je la , tak nak banyak ckp, kang kena marah...hahaha...sambil dalam hati doa tak putus2...
bila katuk kali pertama dengan kayu hoki tu lah, ular tu bangun tegakkan badan dia, kembangkan tengkuk dia dan keluarkan bunyi 'sss' dia...masa tu lah hubby baru tahu ular yang dia nak lawan tu adalah ular tedung!! huwaaaaaa..
katukan tu buatkan kayu hoki tu patah dua, dan ular tu tak mati lagi...
hubby cepat2 masuk balik bilik bawah amek parang, parang panjang yang bersalut surat khabar yang dah agak berkarat tapi masih tajam...parang tu mmg hubby ada simpan atas tujuan keselamatan...
cepat2 hubby katuk ekor, tak mati.
katuk badan, tak mati.
katuk kepala, baru mati sungguh2.
memercik2 darah kat dapur aku tu...huhu...

cepat2 tanya hubby, "confirm mati dah ke tu yang?"
hubby angguk.
aku takut ular tu main2 je..buat2 mati...hahaha...eiii, pengaruh drama sangat aku ni...

tapi masa proses membunuh tu, aku tak tengok la...hubby yg cerita...giler ko nak tengok? hubby pun tak bagi aku tengok...

 dia menyorok tepi peti ais, main plastik gitu...huhu...
peti ais kena alih, nak tengok dia kat mana sebenarnya...asalnya, peti ais tu bersandar dengan dinding..
tu nampak tu, yang berlingkar kaler hitam kat tepi simpanan plastik tu...


Siapa yang perasan dulu ular tu?

Hubby yang perasan kehadiran ular ni sebenarnya...mcm aku ckp tadi, lampu dapur dah tutup masa tu, tetiba hubby dengar ada bunyi sedang main plastik...mula2 ingatkan cicak...tapi hubby terfikir takkan bunyi cicak mcm tu sbb cara dia main plastik tu bunyi seperti 'benda besar'. hubby tak sedap hati, terus switch on lampu dapur, bukak lampu je, terus ternampak kelibat ekor ular kat belakang peti ais...
terus la hubby bawak anak2 yang dah tertidur kat hall tu, dukung adik dan kejutkan si abang naik atas masuk bilik kami...dan malam tu anak2 kena tidur dengan kami la...


Macam mana ular tu boleh masuk?

Jenuh kami fikir mcm mana ular tu boleh masuk sebenarnya..kami terkebil2 atas katil lepas kejadian tu memikirkan benda ni, sedangkan hubby masa ternampak ular tu, dia pun cakap, dia terfikir dan terkesima sekejap dlm 10 saat terfikir mcm mana ular boleh masuk dapur kami...nak kata masuk ikut bawah pintu yang ada gap tu, mmg tak lah, sbb kami mmg ada letak getah panjang melekat di antara gap pintu tu...yang tu mmg kami dah lama pasang kat bawah pintu, baik pintu dapur atau pun pintu depan, dan agak susah binatang atau serangga nak bolos ikut situ...

nak kata dia masuk ikut floor trap bilik air bawah pun tak mungkin jugak...sbb floor trap tu kami dah sendal dengan kolah air dan berat utk dialihkan, so, mmg tak mungkin dia masuk ikut situ..

Dan akhirnya aku tahu mana dia masuk, bila difikirkan balik, sebenarnya dia masuk masa aku tengah membasuh kain...
Washing machine aku kat belakang rumah, aku pulak sambil membasuh sambil layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, bila washing machine aku dah stop, time iklan pulak tu, aku akan keluarkan baju2 dari washing machine dan akan masukkan baju lain utk second lap membasuh...tapi bila iklan pun dah habis, drama dah start, aku mencicit pegi depan tv, tinggalkan washing machine dan pintu dapur dalam keadaan ternganga...pintu gril dapur pun terbiar je nok...aku ni mmg gini lah, kalau sesuatu drama yg aku follow dan aku suka sgt citer tu, aku tak suka miss walau sesaat pun...hubby faham sangat dah perangai aku ni...huhu...so, bila drama dah start lepas habis iklan, tu yang aku main tinggal pintu dapur ternganga mcm tu je, dan masa tu lah, aku rasa ular tedung tu menyusup masuk dan menyorok tepi peti ais...huhu...
Ok, aku mengaku mmg salah aku, dan rasa bersalah sangat pada hubby dan anak2...disebabkan drama, telah membahayakan nyawa kami sekeluarga...
dah la si adik malam tu bukak tutup peti ais je keje dia, tak tahu pulak rupa2nya ada ular kat tepi peti ais tu...huwaaaaaa...maafkan mama, anak2!! tapi Allah telah melindungi kita...Alhamdulillah...


Apa tindakan kami lepas ni:

Lepas kejadian, terus hantar wasap grup kat geng2 tersayang....Geng Antu Jepun suruh beli belerang utk elakkan ular datang lagi...Nor ckp ular tedung selalu ada partner dia, kalau sekor dah mati, sekor lagi akan datang mencari...huwaaaaaa, scaryyyyy...
dan petang semalam dah beli pun belerang kuning utk halau ular tu, hubby dah tabur pun kat belakang dan depan rumah...
ada jugak suruh tabur garam, nnt habis belerang, kita tabur pulak garam ye..
dari dulu kami mmg ada perancangan nak tebas lalang dan semak belakang rumah jiran aku tu, tapi pagar dia berkunci la, tak dapat masuk...nnt tengok la, kami ada plan nak buat gotong royong sesama jiran..wah, sedap betul owner rumah tu kan, beli rumah pandai, jaga rumah tak pandai...grrrr...sampai menyusahkan orang..huh!!
anyway tengs korang yang bagi tips dan doakan keselamatan kami...sayang korang ketat ketat...

sekarang ni sumpah aku masih trauma nak pijak lantai dapur, tapi aku kuatkan semangat la, kalau ikutkan sangat, mmg satu keje pun tak jadi kat dapur tu...huhu...tapi tempat ular tu mati dibunuh aku masih lagi scary nak pijak..geli pun ye jugak...adoi la hai....


so, aku ambil iktibar dari kes ni, jangan nak biarkan pintu dapur ternganga lagi lepas ni, bukan setakat ular je boleh masuk, penjenayah pun boleh masuk kan nok?? huhu...


Wednesday, February 12, 2014

12.15 tengah malam yang menakutkan

Assalamualaikum semua...

speechless. takut. trauma.


tengah malam tadi ular tedung masuk rumah. ikut pintu belakang. belakang rumah adalah rumah jiran yang dah lama tak berpenghuni dan terbiar lama tanpa owner mengambil tahu yang lalang belakang rumah dia dah setinggi bumbung rumah. damn!!

ambil pengajaran dan kami lebih berhati2 lepas ni.
terima kasih hubby kerana protect our family, saya terkenangkan ular ini berdiri tegak dan kembangkan kepalanya sambil merenung hubby. terima kasih sangat2 sayang kerana berani mengambil tindakan tanpa tunggu mana2 bantuan walau nyawa sendiri terancam. yang penting anak2 selamat.

saya masih dalam proses membuang trauma ini. beri saya sedikit masa untuk kembali menulis tentang ini.
InsyaAllah, i will be back for tomorrow untuk bercerita panjang lebar.
terima kasih hubby, family dan kawan2 yang sentiasa memberi dorongan dan kata2 semangat.