nuffnang advert

Showing posts with label Bali. Show all posts
Showing posts with label Bali. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Wednesday, November 2, 2011

Friday, October 28, 2011

Love Bali: Rice Terrace, Tegalalang

selamat petang semua...
ok ok, ni n3 last Bali..jgn risau...hehe...

 kali ni kami ke rice terrace di Tegalalang...

 terletak 5 km dari perkampungan Ubud...

 oh, nyamannya di sini...

 sejuk je mata memandang...


 kat sana tu semua jual barangan cenderamata...boleh bargain giler2 punya...kami byk gak borong kat sini...


 yang tak tahan peniaga yg dtg dekat ngan kita...semua main serbu je...sampai naik lemas aku nok...huhu...



 eeeiiiiiiiii.....geramnya tgk gambar ni.....cantik sungguh....alhamdulillah, masa kami dtg ni padi mmg tgh menjadik...ada aku tgk kat blog org lain, kesian dorang dtg time sawah tgh kering...huhu...

 kat sini ada jual byk lukisan....tapi kami tak beli pun...kami borong barang lain...

 pada aku kurang halus lukisannya...cewah...mcm pandai sgt...haha....


 ada ke mek jah suh aku beli dress ni...gilo ke apo?? kalau aku pakai rupa nangka busuk lak jawabnya aku nnt...kehkeh...tapi serius cantik dress ni...unik...



 sudahnya aku beli blouse yg aku pakai ni je la...selit sikit pasal gi spa yer...mlm tu, kami melilau sekitar Ubud nak carik spa yg masih buka...Ubud tak mcm Kuta, Ubud akan mati tepat 9 mlm...

 akhirnya kami dapat spa kat sini..Jaens Spa...dekat ngan hotel kami...

 muka org yang dah ready nak kena massage...

 kita minum dulu air yg dihidang ni...ah sedap... ah sedap

 dlm bilik...layan buat spa kat sini...esok mlmnya kami buat lagi spa kat Kuta pulak...tapi tak amek gambar..kat Kuta byk yg murah2...dan spa kat Kuta byk yg bukak sampai kul 11 mlm...oh, Kuta sgt heaven!!



ni pulak beberapa jam sebelum pegi ke airport..kami sgt rushing masa ni...macet di Kuta tak payah citer la...adoi la...sesak jiwa dibuatnya...kami mmg tak sempat nak cecah kaki ke Pantai Kuta yg femes di dunia tu...jadi dapat bergambar kat sign dia pun dah cukup senang hati...next visit, wajib!!

sesungguhnya, aku jatuh cinta pada keindahan Bali..terlalu byk tempat menarik yg aku suka kunjungi...setakat ni, Bali adalah percutian terbaik aku....InsyaAllah, kami akan kembali ke sini lagi...



HATIKU TERTINGGAL DI BALI....

Love Bali: Kecak Dance

selamat pagi semua...
teruskan menghapdet kisah Bali....korang jemu? tak dapek den nak nolong...kehkeh...

ramai giler time ni...dianggarkan 800 org time tu...tiket persembahan adalah rp70,000 atau bersamaan RM24.80...

dah mcm tgk bola kat stadium kekdahnya...

tarian kecak dance ni diadakan setiap hari pada pukul 6-7 mlm...

tarian kecak ini juga dikenali sebagai " The Monkey Dance" dan telah menjadi pertunjukan yg popular di Bali...

nama kecak diambil kerana sepanjang pertunjukan perkataan cak cak disebut berterusan...tak penat ke dorang ni sebut perkataan tu je? uniknya tarian ni suara yg dihasilkan oleh mereka tanpa bantuan alat muzik langsung ok...

dah nak start...masa ni sunset sgt cantik...

 ha...ini dia sunset...layan sunset kat Uluwatu sambil tgk kecak dance...
mengisahkan Raja Rama dan isterinya Dewi Shita...baju hijau pekat tu Raja Rama...oh, panjangnya cerita dlm drama ni...malas lak nak taip...

Raja Rama nak gi hutan sbb nak tangkap kijang baju kuning tu...sebenarnya kijang tu adalah jelmaan okeh..dia ni jahat dan diutuskan oleh Raja Rahwana supaya senang dia nak kidnappe Dewi Shita tu...

oh, hebatnya laki aku dpt amek gambar kijang ni tgh nak terbang...

sebelum Raja Rama nak gi hutan nak tangkap kijang tu, dia mintak laksamana tolong tgkkan Dewi Shita tu...selang beberapa lama kemudian, Dewi Shita mcm ada terdengar Raja Rama menjerit meminta tolong, so dia suh laksamana gi carik Raja Rama dan tolong tgk apa yg terjadik kat raja...laksamana tak percaya yg raja boleh terperangkap ngan kijang tu, dan ckp kat Shita mungkin raja dlm keadaan elok2 sahaja...shita lak asyik la ckp laksamana saja tak nak gi carik raja sbb nnt senang laksamana nak duduk dua2 je ngan Shita...adoi la shita ooooi....so nak tak nak, laksamana pegi la carik Raja Rama kat hutan, tapi sebelum dia pergi, dia buatkan Shita satu lingkaran, which is lingkaran tu utk mengelakkan Shita drp terkena anasir2 jahat atau terpedaya dgn musuh...senang kata lingkaran tu macam magik la...

bila laksamana pegi je ke hutan, ada sorang pendeta datang, sebenarnya pendeta ni adalah jelmaan Rahwana yg jahat tu...dia mintak air kat Shita, disebabkan kesian, Shita hulurkan tgn ( terkeluar drp lingkaran ) dan bagi air kat pendeta yg jahat tu...dgn sepantas kilat pendeta tu berubah wajah menjadi Rahwana...terus Rahwana kidnappe Shita ko...huhu....sian lak kat Shita....tu la...tak nak dgr ckp laksamana...

dan kini Shita telah pun berada di kerajaan Alengka dan ditemani oleh Trijata...Trijata tu org suruhan Rahwana...shita asyik nangis meratapi nasib dia yg malang dan berharap sgt Raja Rama dtg selamatkan dia...


Shita tgh sedih tu...

sampai satu ketika, muncul kera putih yg bernama Hanoman...korang nampak tak ada kera putih kat celah2 manusia tu? 

mula2 Shita ingat kan Hanoman ni pun jahat jelmaan Rahwana jugak...tapi Shita silap..

eh, kera putih ni main lens orang pulak dia...dia ni notti tau...kelakar pun ada...

sampai la Hanoman ni tunjukkan cincin kat Shita sebagai bukti bahawa dia diutuskan oleh Raja Rama utk selamatkan Shita, barulah Shita percaya...

barulah muka Shita nampak hepi bila dia tahu, Raja Rama ingin selamatkan Shita...

huhu...scary gak muka kera putih  ni...dia asyik menyakat budak2 kat situ, sampai menangis la budak tu...

kera putih ketiak basah....





sebelum meninggalkan kerajaan Alengka, Hanoman bakar taman dan beberapa tempat dlm kerajaan Alengka dan sound yg Raja Rama akan kembali utk selamatkan Shita...

anak Rahwana yg jahat nama Megananda berpakat ngan Delem, assistant dia utk ikat Rama ngan kekuatan sihir dia supaya Rama dan konco2nya tak dpt bergerak dan tak dpt selamatkan Shita...huhu..nyampah tau ada citer org jahat mcm ni...tapi Raja Rama memohon pada para Dewata utk lepaskan dia dari ilmu sihir, kemudian dtg lah seekor burung garuda utk menyelamatkan Rama dari sihir Megananda...

kemudian Rama telah kembali pulih seperti sediakala lalu memerintahkan Raja Kera Sugria utk menentang Megananda yg jahat nak mampus tu...

Raja Kera Sugria menang dlm menentang Megananda...padan muka ko Megananda!!

Akhirnya Raja Rama bertemu kembali isteri kesayangannya Dewi Shita tu bersaksikan laksamana dan Hanoman yg notti tu...sekian....

bila dah last pementasan, kami semua dibenarkan bergambar dgn penari2...ramai giler berebut nak bergambar ngan penari2 ni...aku ingat nak bergambar ngan kera putih tu, sekali ramai daaaa minat kat dia...huhu...


kalau korang nak tgk kecak dance ni, sebelum masuk dorang akan edarkan satu risalah pasal cerita kecak dance ni...ada 5 scene semuanya...better korang faham kan dulu jln citer dia, kalau tak korang ternganga la tak faham cerita pasal Raja Rama dan Dewi Shita ni....hehe...


Kecak Dance ni sgt best, enjoy!! kalau korang dah singgah Uluwatu tak tgk kecak dance ni sgt rugi wooooo....