nuffnang advert

Thursday, December 13, 2018

announcer for MIHAS 2018

Assalamualaikum semua,

nak sambung lagi cerita2 basi,
kena pantas update sebab 2018 dah nak berlalu pergi...huhu..
so korang mohon bertabah baca je la cerita2 lama i okeh...

ni cerita bulan April yang lepas,
macam biasa la, ofis i setiap tahun akan organise MIHAS ni...
pada yang tak tahu,
MIHAS tu adalah Malaysia International Halal Showcase,
tempat mempamerkan segala mak nenek barangan halal dari seluruh dunia...
korang yang dah biasa datang MIHAS mesti tahu kan betapa besarnya event ni,
dan betapa seronoknya kita tengok mcm2 produk yang sememangnya dijamin halal..

MIHAS 2018 berlangsung pada 4-7 April 2018,
so mcm biasa, sehari sebelum berlangsung event,
akan ada business matching antara sellers dan buyers dari seluruh negara..

tahun ni i tak terlibat untuk jadi emcee,
tapi i dipilih untuk jadi announcer,
wahhhh, pucuk dicita ulam mendatang,
i memang nak mencuba benda baru,
kalau jadi announcer ni pengalaman pertama i,
emcee dan announcer lebih kurang sama, tapi tetap berbeza tau...huhu...

yang bestnya jadi announcer ni sebab boleh duduk,
hanya announce je details company...
pastu takyah nak mekap sangat, sebab bukan orang tengok kita pun...
jual suara je...hahaha...
yang kurang best pulak, sebab bukan sikit okeh nak kena announce,
banyakkkkkkkk...
sampai nak tersedak duk announce satu2...

i tukang announce, officer sebelah i tolong key in..
key in pun kena pantas okehhh, sebab details company masuk kat i non stop..
bila dah key in, akan keluar kat screen besar kat hall...gitu la...
anyway, tq En Hadzizi banyak tolong i pada hari kejadian..
zizi ni jugak yang i refer takut i tersalah pronounce...
ye la, kadang kita rasa sebutan English kita dah betul,
tapi sebenarnya salah...so tak salah kita terus belajar...

antara hall yang i sempat amek gambar masa business matching sedang dijalankan...
so, akan kedengaran suara i dalam hall dan seluruh tingkat 3 tu...hehe...

kedua2 lelaki ni i anggap unsung heroes...
sebab dorang ni kerja kuat di balik tabir,
banyak melancarkan event pada hari tu...
tq so much En Zizi n En Hafiz!

ni pulak masa MIHAS sedang berlangsung kat MITEC...
banyak giler booth sampai i dengan tehah pening nak pegi booth mana dulu...
nak pulak kitaorg ni penggila makanan,
haaaa, apa lagiiii serbu laaaa...

ni tehah stop kat makanan korea...
dia mmg minat dengan korean foods...

dua pic ni je sempat i amek gambar masa event berlangsung...
sebab i dengan tehah tangan dah penuh kiri kanan shopping makanan hari tu...haha...
pastu kenyang dengan tester mcm2 makanan...huhu


anyway,
i berbangga dapat menyumbang tenaga dan suara untuk MIHAS untuk kesekian kalinya...
satu pengalaman yang sangat berharga dalam kerjaya i,
bertugas sebagai announcer satu benda baru untuk i,
so, i harap sangat semua kawan2 i terus sokong i,
i minta maaf kalau ada banyak kekurangan,
i akan terus belajar, belajar dan belajar,
terima kasih pada semua yang banyak membimbing i pada hari kejadian,
semoga Allah merahmati kalian dan membalas jasa kalian dengan sebaik2 pembalasan..
ameen.

insyaAllah, next MIHAS kali ke 16 dijadualkan berlangsung pada 3-6 April 2019,
bertempat di MITEC, KL..
save the date okehh!

4 comments:

dear anies said...

lps tu ada x syarikat rakaman dtg melamar nk buat album? hahaha #gurau

Suria Amanda said...

Bidang ni dah lama aku tinggalkan nok..teringat jadi PR kat Terminal One dulu, aku la PR, aku la emcee...haihhh

Ann Ishak said...

tak lama je lagi :D

Nina the Nomad said...

Appreciaate your blog post