nuffnang advert

Tuesday, December 12, 2017

sebak pulak rasanya...

Assalamualaikum semua...

wow...dah masuk 12/12 dah hari ni...
aku suka tarikh ni...cantik kan...
hari ni jugak birthday anak aku si abang...
dah 12 tahun dah si abang ni...
Alhamdulillah...

Wan Ahmad Zaqreel,
dikenali sebagai Arel/Abang,
lahir di HKL, 12/12/05, 8.38 malam, 4.02 kg.
sakit dari selepas Asar, Isyak baru dia nak keluar...
anak sulung kami, cucu sulung juga untuk kedua2 keluarga..
sebak sangat bila dia berada dalam pangkuan,
makin sebak bila daddy dia azan di telinga dia.
Maha Suci Allah.

anak yang kuat makan, suka sangat makan burger,
kalau makan burger kena 2 bijik baru dia kata kenyang...huhu...
nasi ayam mama dia ni paling dia berhantu,
dia boleh makan 3 pinggan...
kuat menyakat adik2 dia,
suka sangat cubit pipi Junior, sampai budak tu menangis...
terlalu aktif dalam sukan,
pemain bola sepak sekolah dan Kelab Junior Kickers,
selalu training petang2, malam pun ye jugak...
sabtu ahad pun training,
kulit sampai dah merelit...huhu...

tak kisah la abang,
janji abang sihat, belajar rajin2 tau,
dah nak masuk Form 1 dah tahun depan,
terima kasih sebab banyak tolong mama,
mama mintak maaf kalau banyak marah abang,
marah sebab sayang,
dan kadang tu marah sebab abang suka buat mistake yang sama...huhu,
apapun, abang anugerah terbaik untuk mama dan daddy,
kerana lahirnya abang mama belajar erti tanggungjawab,
mama belajar untuk menjadi ibu,
abang adalah permulaan untuk semuanya.


Selamat Hari Lahir anakku sayang,
doa mama dan daddy sentiasa mengiringi abang,
moga dijauhkan dari segala malapetaka, bala bencana, mara bahaya, bala penyakit, anasir2 jahat manusia serta anasir2 jahat syaitan yang direjam. Ameen.


Terima kasih Allah kerana pinjamkan Zaqreel untuk tempoh 12 tahun ini.
Semoga kami terus dapat berkongsi kasih sayang dengannya.

10 comments:

mama tisya said...

happy birthday abg...dh besar..nextyear sek menengah dh

sudipVSsenduk said...

Moga Wan Ahmad Zaqreel berjaya dunia akhirat & sentiasa dalam rahmat Allah.
Selamat Hari Jadi :)

Ann Ishak said...

selamat hari lahir abang, semoga menjadi penyejuk hati keluarga :D

dear anies said...

selamat hari lahir abg... semoga terus menjadi anak kebanggaan ibu ayah

Kakcik Seroja said...

Happy birthday Abang...semoga terus berjaya dalam kehidupan dan menjadi anak yang membanggakan mama dan daddymu...

umifuzy said...

sanah helwah Wan Ahmad Zaqreel..semoga menjadi abang dan anak yang cemerlang dan soleh serta berbakti kepada ibu dan bapa serta keluarga

firdausi said...

selamat hari lahir abang.. kita sama2 baby disember.. semoga menjadi anak yg soleh..aminn

I am LZ said...

Cantik tarikh birthday abang Wan Ahmad Zaqreel, umur pun 12 tahun. Triple 12.
Happy birthday abang, semoga menjadi anak yang soleh, berjaya dunia & akhirat..

norhidana said...

sebak baca ucapaan ko kak oi....

sanah helwah abg, moga jd anak yg soleh n berjaya....

abg suke mkn ek ptt la pipi sama temba mcm pipi acik... tp bgs lah sbb dia aktif sukan...

Azian Elias said...

Happy belated birthday to Abang. Kejap je masa berlalu kan.. dulu masih merah baru keluar perut ibu. now dah besar panjang.

anak akak yang kecik, esok pulak.