nuffnang advert

Thursday, December 8, 2016

Hira oh Hira

Assalamualaikum semua...

2 ke 3 minggu lepas, ofismate aku bawak anak kecik dia...
tak la kecik mana, 4 tahun dah umur dia..
anak dia tak sihat sebenarnya...nak kena bwk gi klinik...
tapi disebabkan anak dia ni terlalu la petah bercakap,
jadi habuan kami kat ofis ni nak gurau2 dengan budak kecik ni...

anak si Yan ni kan...
bukan setakat petah berkata2...
tapi sangat pandai mengambil hati...
aku masuk je bilik rehat kami, si Hira ni terus lari peluk aku...
pastu dia cakap 'saya ada kejutan buat awak'
wahhhhhh...melting aku dengan budak ni okkk..hahaha...
terus dia tarik tangan aku dan bawak masuk ke pantry...
dia cakap 'taraaaaaa'
rupanya kari umbut dah ada atas meja...
hahaha...macam lah dia yang hidang semua lauk pauk atas meja tu...
eiiii comel dan kelakar la budak Hira ni...

ha...ni lah Hira...
aku tanya dia, nanti besar nak jadi apa?
dia jawab nak jadi ahli bomba...
amboiii ko dik...terpengaruh la tu dengan 'I Love U Abang Bomba'
muahahaha...

pastu aku tanya lagi,
'Hira, mana kakak awak?'
terus dia pandang je aku dengan jelingan yang tajam...
alamak, aku salah tanya ke ni?
mak dia cakap, si Hira ni tak suka orang tanya pasal family dia...
kehkeh...mesti ko cakap aunty ni busy body kan...hahaha...

eh banyak lagi lah dia punya pot pet pot pet...
meriah suasana tengahari kami masa tu...

pastu ajak Hira bergambar tongkat dagu macam ni..
dia ikut je...
eiii geram la dengan awak ni Hira...
meh la jadi anak angkat aunty,
awak ni kalau dah sekolah nanti, mesti bijak nanti ni...
cakap omputih pun hebat ok budak ni, siap slang lagi...
eh, aku mmg tak boleh budak bijak mcm ni...
rasa nak angkut bawak balik umah...
ekekekek..


masa Hira datang ofis aku tu, bintik2 kat badan dia tak teruk lagi...
tapi lama2 makin naik merah2 mcm kena gegata gitu...
bila makin hari makin teruk, terus kena tahan ward...
rupanya ada jangkitan kuman dalam darah...
tapi dalam pada dia sakit tu, tetap lah mulut pot pet mcm org tua...haha...

kami pun pakat la reramai nak gi visit si Hira ni...
bila mak dia cakap kat Hira yang kami nak datang melawat dia,
terus dia cakap kat mak dia 'ala, muka Hira tengah tak cantik ni, dorang nak tengok pulak'
adoii la....tgh sakit pun fikir nak cantik ko ye Hira...hahaha...

sekarang Hira dah kuar wad dah pun...Alhamdulillah...
takmo sakit2 lagi okeyyy...

Hira, jom duk ngan auntie seminggu dua nak tak?
auntie pun takde anak pompuan ni...eh...
paling best Hira kata aku kurussss okeyyyy....
amboiii, bodek auntie sangat ko kan Hira...hahaha...

anyway Hira, plis sweet n adorable mcm ni sampai besar tau...
love u.

11 comments:

Kakzakie Purvit said...

Budak petah siapa pun suka.
Auntie Wawa tu sebenarnya nak anak perempuan Hira:)

Kakcik Seroja said...

Cerdiknya Hira. Semoga membesar sebagai anak yang solehah ya... :)

Anum said...

budak yang sangat pandai

monalea said...

suka layan budak yang petah ni. ada je jawapan dia

mama tisya said...

bdk kecik yg petah berckp ni mmg sronok berckp..kdg2 tu kalah org dewasa

Myra Jay said...

Amboi comelnyaaa..
kena plak petah bercakap lagi buatkan kita geram dan seronok nak layan kan kak.. :)

norhidana said...

heheheh buat menantu pun boleh hira nih kak wei kih3....

msti ko rasa mcm ko masa kecik2... mlt becok hehehehe

Qhaifa Nur said...

Comel..mmg petah bercakap wahida

dear anies said...

x suka org tanya psl family dia? mmmm agak pelik di situ...


harap2 sekarang hira dah sihat dan kembali pot pet mcm biasa ;-)

irdagarmin said...

sy pula suka dah budak hira tu..hehe budak comel mmg kalau byk cakap lagilah kita suka kan

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

cepat sihat ye Hira..comelnya awak