masa check in kat Kinrara Resort,
jenuh kami fikir nak dinner apa kat Puchong tu..
kalau ikut aku, nak makan seafood/ikan bakar yg ada sekitar situ...
tapi bila tanya Fafa yang duduk kat Kinrara tu,
dia rekemen Food Tree Factory ni,
aku terus la google tengok menu2 kat restoran ni..
sekali tengok menu, wahhhh nampak menarik...
lelaju tunjuk kat hubby, terus setuju nak mkn kat sini...
apapun, aku mintak maaf sbb terpaksa post gambo makanan di bulan puasa ni...
jangan marah haaaa....
sementara tengah rajin nak update ni, aku buat la sekarang..
hehe...
tuju cafe ni guna waze...
rupanya dekat je dengan Kinrara Resort tu...
katanya cafe ni baru beberapa bulan dibuka...
meh tengok apa yang kami order...
ini lah air yang hubby duk berzikir kata nak repeat minum kat sini lagi...
laki aku tu jarangggggg sangat kata nak repeat sesuatu tempat tu,
melainkan betul kat tekak dia kata sedap..
nama air ni Green Goblin, rm10...
mmg sedap pun air ni...aku pun tak reti nak explain air ni rasa dia mcm mana,
tapi mmg sedap...
masa berbuka baru2 ni pun laki aku asyik la duk cakap kalau dpt mkn kat Food Tree kan best...
boleh minum air green goblin...
hadoiiii jom la yang bila2 kang kita pi la lagi nnt ok...
duk berzikir tak sudah...haha...
ni pulak air aku, Passion Peach, rm10...
refreshing, rasa masam manis,
tapi sedap lagi green goblin tadi la...
abang ngan adik punya, Salted Caramel Latte...
pun sedapppp...kemain anak2 suka..
agak mahal, sebekas gini rm14...huhu...
takpe la, demi anak2..bukan selalu treat dorang mcm ni pun...
ni aku punya, Mac n Cheese...rm13
aku kalau dah nama cheese mmg semua pun sedap...hahaha...
Chicken Herby...rm15...
laki aku kemain puji food n beverage kat sini...
dia tu susah tau nak puji food melangit mcm ni...
kadang pada aku sedap, pada dia so so je...
tapi ni bila dia sampai teringat2 sampai sekarang,
maksudnya betul la tu sedap...
aku tengok salad dia pun dah tempting oiii..
anak2 punya...share...
si adik tu bukan pemakan...
tu yang dia cakap dia nak makan share2 je dengan semua org..
kejap kang dia share ayam daddy, kejap kang dia share macaroni mama,
kejap kang dia layan burger abang ni...
yang ni Cheezy Chicken Burger, rm15...
oklah, abang tu mmg hantu burger...
dia tu bagi hari2 makan burger pun dia suka...grrrr...
tapi mungkin sebab masa aku preggy kan dia,
aku mmg suka sgt mkn burger, especially burger McD...
hari2 ok...tu yg aku rasa si abang pun mengikut...huhu...
churros...crispy tapi lembut di dalam...besttt...
6 batang gini rm8...
sauce yang dia bagi pulak, salted caramel ngan chocolate sauce...
perghhhh heaven!
yang ni pulak Sticky Yickie Chilli Cheese Fries...
cheese dia kemain banyakkkkk...
arghhhh, dapnyaaaa...
banyak gini rm12...
tapi kami tak habis makan,
sebab dah kenyang sangat...so tapau bawak balik...
esoknya reheat kat microwave, wah berebut anak2 makan ok...haha...
antara deco dalam cafe...
kedai ni beroperasi pukul 12 tengahari hingga 10 malam...
tapi dekat2 pukul 10 nak tutup tu la aku tgk ramai customer baru masuk...huhu..
yang best cafe ni tersenarai dalam UPOCKET untuk dpt discount...
tapi kena download dulu kat henfon korang...
pastu register then tunjuk kat cashier...
utk first timer, dia bg 10% discount...
kalau dah byk kali datang, lagi banyak discount dorang bagi...
staff pun friendly...dia tunjuk ajar hubby pasal UPOCKET ni..
hrmmm, korang maafkan la si Junior tu...
dia tu mmg tengah melasak weiii...
asal makan kat luar je, dia tak nak dah duduk kat kerusi atau baby chair...
tempat dia atas meja ok...
lantakkan situ..janji tak kacau kitaorg makan...ekekek...
overall mmg best makan kat sini,
hubby pun dah cakap nnt nak datang lagi...
dia nak minum lagi green goblin ngan chicken herby dia tu..
hadoi la...apa2 je la sayang oiii...i folo je...haha...
so, korang kalau stay Kinrara Resort tapi tak tahu nak makan kat mana,
atau korang yang duduk area Puchong nak mkn best, boleh singgah cafe ni..
ni details dia:
D-17-10, Jalan BK 5A/2B,
Bandar Kinrara, Puchong.
03-8074 8031
dibuka dari jam 12 tengahari hingga 10 malam.
16 comments:
ok nanti p puchong nak makan sini
semua menu dia nampak sodap oiiii
wow bestnya kena cuba nie
Bulan puasa ni, tengok gambar makanan tak seberapa, tapi tang air tu, haishhh, tergugat iman den!
Haha.
Macam best pulak akak tengok makan kat situ Wa..
Mana tak en hubby tu asyik berzikir nak makan kat situ lagi :)
aiii cpt laa habis puasa nk terjah jg...
hahahaha junior... kemain sopan dok ats meja tu hahaha
menarik menunya
fuhyoo memang nampak menarik food dia ngan air ijo tu. Trus rasa mcm teringin gilesssssssssssssssssssss
Nampak menarik makanan! Kalau satu hari nanti siqah pergi, pasti salted cAramel dan churros menjdi pilihan. Sedapnyaaaaaaaaaa!
dh dekat dgn rumah wahida, menarik pula..
betul la tgk menu2 mmg meletup sedapppp
dh dekat dgn rumah wahida, menarik pula..
betul la tgk menu2 mmg meletup sedapppp
menu dia mmg nmpk mnyelerakan kak..
tmbh tmbh mknn laki akk, ok sgt harga gtu
nengok menu2 yg ko tayang pun aku dh rasa lapo dh ni kak... perkkkh menggiurkan
haaa.. jangan lupa.. kalau dah singgah kinrara, datanglah ke rumah sayaaaaaaaa.....
cantik deko diaaa
boleh tahan harga²nya ya.
kalau nak call kereta sewa di kawasan puchong ke lokasi ni, ada cadangan syarikat khidmat kereta sewa mana2 ke? lol
Post a Comment