Assalamualaikum semua...
Kisah malam tadi.
kami tertengok citer lakonan Fazura & Shaheizy Sam,
ala citer apa tu nama dia..
Cinta Di Cappadoccia macam tu lah kot ejaannya...
citer tu dah banyak kali ulang kat astro,
tapi aku tak pernah pulak tengok citer tu sampai habis pun...
sambil nak tunggu citer feveret aku 'Dia Semanis Honey' nak start pukul 10 malam,
kami tengok la kejap citer si Fazura ni..
sambil tengok citer ni sambil menikmati hidangan makan malam...
tetiba terkeluar soalan dari mulut aku 'fazura ni cantik ke yang?'
laju laki aku jawab, 'cantik!'
ohemji...terus terang aku cakap,
aku dah banyak kali tanya kat laki aku,
sekian sekian artis ni cantik x?
selalunya dia akan jawab 'ermmm, boleh la..'
maksud boleh la tu maksudnya pada dia biasa2 je..
tapi ni bila laki aku cakap Fazura ni cantik, mmg cantik la pada dia...
tapi yang jadi masalah, bila laki aku cakap Fazura ni cantik,
terus aku sentapppppp...hahaha...
padahal sendiri yang tanya soalan, sendiri nak panas hati...
apa kesss???
lepas tu aku tanya lagi,
'antara i ngan Fazura, mana lagi cantik?'
muahahahaha...soalan carik gaduh namanya ni...
terkebil2 laki aku nak menjawab...
'errrr, u la lagi cantikk'
aku terus hahahahahaha puiiii...
nampak bebenor laki aku puji aku tak ikhlas...
dia tahu kalau dia cakap Fazura lagi cantik,
memang bini dia ni akan terus buat mogok laparrr..kahkah...
memang jauh panggang dari api sangat la Fazura ngan bini dia ni...
pastu aku tanya lagi,
part mana 'Fazura ni cantik?'
terus laki aku cakap 'ni nak carik gaduh ke apa ni?'
ekekek...
dia ni mmg cantik pun...tak dinafikan...
aku anggap kecantikan dia 'almost perfect'
dari kening, mata, hidung, bibir, gigi, dagu, bentuk muka semua pun 'kena'
dress up la simple mcm mana pun, tetap la cantik Fazura ni...
errmmm no wonder la laki aku pun cakap dia ni cantik...
eh jap, Fazura ni sama tarikh lahir ngan aku tau, 27 September..
ke orang yang lahir 27 September ni memang cantik2?
matikkkklaaaa....tetap nak puji diri sendiri jugak...
larikkkkkkkk...
24 comments:
ahahhaa lucu laa entry awak ni.... apa pun, fazura memang cantik... dia sebagai artis, mmg kena jaga penampilan dia.... apa pun, awak cantik di mata suami awak kerana awak dan suami ada 'kimia' dan awak cantik cara awak sendiri.... =D semua orang mcm tu kan....
part cari gaduh tu.. hahahah pompuan mcm gitu. saya pun sekali sekala cari pasal jugak. hahahaha
Hihi... siapa yg mulakan. Saje aje kan nak cari isu. Suami pun dah faham sangat dah bini dia lagu mana - kalau tak cantik mana nak pilih jadi bini dia. Tapi Fazura ni memang cantik kan. Dulu pernah dikaitkan dgn kerabat Johor tau dia ni tapi entahlah..(eh. nak gossip pulak kakak ni.)
Hahaha! Statement last tu yang tak boleh tahan. Asal lahir Sept 27 aje memang cantik-cantik eh? Nak nangislah macam ni sebab tak lahir Sept 27!
My hubby pulak lagi dahsyat puji-pujiannya. Kalau nampak orang cantik, terus puji-pujian menggunung diberinya. Kita ni pun dengar ajelah.Nak mogok, macam tak kena tempat. So, selalunya kita pun join sekaki dok puji-puji perempuan ni cantik, perempuan tu cantik! Habis cerita!
ahaha.
aku yang pompuan nie pun suka tengok fazura.
cantik sangat.
bole sentap gak ayat cam gitu wahida...lelaki ni ayatnya spontan aja...
minat juga dgn fazura ni...cantikkk
Hahaha.....cantik cantik pun, bukan boleh dapat .... Jeles jugaklah, tp nak kurus mcm Fazura tak mampu selera makan sedap memanjang.
Tp mmg dia cantik pun kan, berlakon pun best...
Wahida pun memang cantik..ikhlas tu sami kata cantik isteri dia tu
Memang betul la kata cik abang tu...
Nak cari gaduh...
Tapi makchaq setuju la.. orang lahir 27 Sept cantik2... 😜😜
Memang camteq...tapi tak semestinya dia perfect. Flawless jugak. Maya Karin pun canteq jugak. Tasha Shila pun..tapi semenjak dia jadi keding sangat dah tak selera nak nengoknyer.
hihiii...soalan maut tu...
hehehee dia yg mulakan... pastu dia yg sentap lak heheheh
mmg fazura ni cantik... tp tak suke sosial life dia je
Ye, fazura cantik, ko pun cantik. Kan semua yang dijadikan Allah tu cantik, aku pun cantik juga. Kahkahkah.
=)
sendiri cari pasal lepas tu sendiri sentap kan... hahaaa
kita2 pun cantik jugak... masing2 ada kecantikan tersendiri....
akak suka cantik yg netural.... asli...
hahaha..tersengih2 sy baca entry ni..lawak la akak ni...tp for me pun Fazura mmg cantik..nmpak natural beauty gitu..eheemm akak pun cantik!...
hehehe kan lelaki ni kekadang jujur and lurus. kita pun kalau taknak sakit hati, takleh lah tanya benda yg menjerat diri =p i pun penah tanya jugak, soalan yg dah obvious akan menyakitkan hati. tapi saja je nak jugak .
masa zaman study , ada kawan I ni lagi lah,dia pegi tanya BF dia ,"i dgn ex you mana cantik?". sekali dengan bendulnya BF dia jawab ex dia lagi cantik, ha apa lagi gaduh seminggu. hahahaha
heheh..
kelakar pulak baca
tersengih2 kita depan pc ni
Kita suka jugak cari gaduh ala2 gini
tp ayat kita gini
ye lah.. "sy tau la dia tu cantik!!
lepas tu sentap sendiri.. kiki
Matilanakkkkk..
Cari gaduh soalan tu ye Wa..
Dah dia nikah dengan ko wa..
makna nya cantik sudah lah wa dimata en laki tu :D
Asam garam kehidupan, seni dalam bergurau.
ha3x...kelakar la wahida ni.....gelak sorg2 akk bacA...Saja je kan nk cari gaduh manja2.....
Semua cantik..😍😍
Untung sapa jadi suami fazura.. huhu
Fazura memang cantik orangnya...
ahakksss,,,
ye kot..y lahir tarikh tu cantik jelita lagi anggun.. hehe'
tp x dinafikan..fazura mmg cantik jelita..tgk muka dia x puas..nmpk lembut je raut muka dia.. senyuman dia..susunan gigi dia.. cantik!
hahahahhahahahahhahaa tak tau nak komen apa..soalan tu suweeettt sgt ...hahaha sambung gelak...
Post a Comment