nuffnang advert

Monday, April 4, 2016

Ramai Tidak Tahu Khasiat Memakan Kaki Ayam

Assalamualaikum semua...

Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. 


Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.

Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.

Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. 

Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kehebatan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. 

23 comments:

babYpose said...

Adoi teringat kerabu kaki ayam :) banyak khasiatnya tu, kolagen tu memang ada dikulit ayamkan..

SIQAHIQA said...

yes. suka makan sup kaki ayam. walaupun tiada isi sangat di kaki ayam, tapi sedappppp :)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Mau lepas ni kaki ayam naik rege nye Wa oiii..
Sama dgn seekor ayam ..
Sekilo RM18 kaki ayam kih kih kih..
Akak ada juga baca ni Wa..
Elok juga bagi mereka yg sakit lutut..
tapi kena makan berpatutan..
Sebab kolestrol pun tinggi kat situ..
Sudah dapat sakit jantung pulak :D

Anak anak akak pun suka makan kaki ayam ni ..
kekadang berebut nak makan..
dah lah ada 2 pasang jer kaki tu..
Lain lah kaki ayam tu kembar siam ye tak..
Banyak tumbuh nya hahhaha...

monalea said...

suka makan kaki ayam.lagi2lah kalau dha lembut.tarik sikit je...

akubiomed said...

Orang tua kata, makan kaki ayam nanti lari laju macam ayam. :)

izzeyda said...

sedap tu kaki ayam.. kena plak yang dah lembut, sedut macam tu ja dah terlerai dari tulang..

norhidana said...

kami adik badik mmg peminat setia kaki ayam.... tp idak lah selalu nk memakannya berpada2 tp sesekali layan mmg syok

Fazleyatul Aini said...

tak sia2 favs makan kaki ayam hahaha
oh sup kaki ayam memang pujaan hati

.:Yana:. said...

ade sesetangah orang geli ..
tapi ni lah feveret saye..untung dapat suami yang jugak suke makan kaki ayam..
beli ayam, mesti mintak kaki lebih..
buat sup kaki ayam..
tapi kene masak lame skit nak bg lembut..baru senang dan sedap makan..
yum..yum..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

sup kaki ayam mmg thorrbahekk..!

Inani Hazwani said...

Sedapnyaa sup kaki ayam tu. Ohhh lepas ni boleh lah makan kaki ayam banyak banyak. Haha

makchaq said...

Ada orang x lalu.. sebab rupa dia kot...
Tapi makchaq memang suka kaki ayam... tau tau pulak ada banyak khasiat... ada kolagen pulak tu.... padan la makchaq awet muda😜😜

Hero Borneo said...

kebetulan pula saya suka makan kaki ayam..mula-mula geli tetapinya ok je..

nuyui a.k.a miss YUI said...

kolagen tu..sedap..

Puan Eka said...

kaki ayam mmg terbaek. Sbb tu utk anak kita, bone broth dr kaki aym terbaek. Kita suka kaki ayam buat sup nyumnyum

Suria Amanda said...

Sup kaki ayam memang fav..ehem..kaki ayam banyak collagen la kan...sebab tu leh nampak cantik jugak...hehehe...tp ada je yang x makan..x lalu katanya..pada aku part kaki ayam adalah awesome...

eima said...

aku suka sup kaki ayam ...sedap mak aku dulu rajin beli kaki ayam buat sup tp dah dekat berbelas tahun x mkn

Unknown said...

Baru tahu khasiat makan kaki ayam nak elakkan osteoporosis, sebelum ni hanya tahu makan saja

dear anies said...

tetiba rs nk cr kaki ayam lunch ni!

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

sedap ni aiyaiyaiyaiyaiya ...

letak dalam sup sedap
letak dalam kari sedap
letak dalam kuah nasi kukus sedap

semua lah sedap !

Liyana Anuar said...

tak retilah nak makan kaki ayam..huhu..tp kakak suka..kolagen katanye..huhu

Nur haura afeeya said...

Salam

Nur haura afeeya said...

Salam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama

jom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)

jom kita sebarkan bantu pesakit kencing manis kronik