Assalamualaikum semua...
kita lupakan benda yang sedih dalam entry sebelum ini,
kita moving forward dan tq pada semua yang mendoakan yang baik2...
korang pernah rasa meremang bulu roma?
serius, perasaan macam tu jarang2 berlaku pada aku..
dan aku pulak jenis malas nak layan perasaan takut tu sangat..
aku dan suami adalah peminat cerita seram,
atau senang cakap,
horror dan thriller movie mmg feveret kami,
dan bila ada yg review kata sekian sekian movie ni seram giler,
kami pun gigih la pi tengok...
tak pun gigih la kami donlod citer tu..
ada sampai satu tahap aku tercari2 mana seramnya sesebuah filem tu..
betapa lah kami ni jenis susah nak seram...huhu...
dan dalam sejarah hidup aku pulak,
pernah sekali aku kena 'tindih' masa tidur kat hostel zaman UiTM dulu...
kuat kena tindih masa tu sampai tahap tak boleh nak bergerak langsung,
aku boleh nampak member tengah elok study,
aku pulak bagai nak rak 'melepaskan diri',
malah tak mampu bersuara untuk mintak tolong pun...
nasib baik keadaan tu tak lama,
lepas baca beberapa ayat suci AlQuran,
benda tu perlahan2 keluar,
dan lepas kejadian tu,
aku hanya bercerita pada teman rapat...
dan aku teruskan kehidupan aku seperti biasa...
dan selepas tu tak pernah terjadi lagi kejadian mcm tu sehingga ke hari ini...
bukanlah tak pernah dengar apa2 benda seram yang terjadi di sekeliling aku sebelum ni,
tapi aku jenis 'ignore'...
tak nak ikut sangat perasaan,
kang satu apa tak jadi keje...
tapi korang jangan salah faham,
aku bukan jenis cakap besar,
cuma aku ulang,
aku spesis bangsa 'buat dono' sudah...
dan sehingga lah semalam,
tempat yang aku bertugas ni ada kejadian aneh sikit...
aku dengar derap kasut sedang berjalan menuju ke arah aku..
jenuh aku fikir,
ada orang ke kat dalam tu?
ligat kepala aku duk pikir,
dan sudahnya,
memang sah takde sesapa kat dalam tu...
bukan akak cleaner, bukan jugak abang maintenance,
malah, bukan jugak visitor!
terus naik segala mak nenek bulu roma...
dan perasaan kali ni lain macam sikit...
tak pernah2 aku rasa macam ni...
adoiiii...
dan sejam lepas tu,
member pulak bagitau ada staff kena rasuk...
uiiii, adakah ada kaitan dengan derap kasut yang aku dengar tadi?
dengarnya, teruk jugak staff tu kena...
'benda' tu tak nak keluar,
malah 'dia' berjanji akan datang balik!
perghhhh...
moga2 yang baik sahaja sepanjang aku bertugas di sini.
tak nak fikir sangat,
kang apa pun tak boleh...huhu...
12 comments:
huhuhu ko yg pencinta filem seram pun blh naik bulu roma yek kak.... aku tgk iklan cite seram pun aku cpt2 tukar channel lain... nk tgk cite seram? mmg idak lah kak oi.... tgk cite pontimau blh la sbb kelako
bab kes ko cite tuh, jd kt opis ko time siang2 hari ke kak? huhuhu lahai seram nya...
aku dah berkurun tak tgk citer seram.. makin tua makin penakut weh. psl derap kaki tu, budak sebelah aku citer diepun selalu perasan ade org jln kat blkg kitorg tp sbnrnya xde sape pun.. huhuhu. Die je perasan, aku takde pulak.. hahaha
masa kejadian derap kasut tu kol brape mak? biasa pas magrib ., hmm nauzubillah je
aku baca ni pun meremang ceh betui la ....
bykkan baca 3 qul dan ayatul kursi dan sentiasa dlm wudhuk inshaaAllah
Scary nya. Ko pasang ayat2 ruqyah.
alaaaaaaaa seram la pulakkkkk
akak biasa gak kena tindih... memang takut sgt... mulut terkumat kamit baca ayat alquran...huhu....
Akk ni jenis penakut beb...tp bila ada keadaan yg otak akk tak stabil or dlm erti kata lain dlm keadaan marah...hilang semua takut..tp bilanya masa nak marah kalau hati dah takut...
Nampak gayanya ada yang pasang ayat suci Al Quran dengan kuat nanti.
membaca pun seremmm
aaa kene rasuk
that's scary. huaaaaa
saya alhamdulillah tak pernah lah nampak atau kene gangguan, sy ni dah la penakut gaban. tapi suka tgk cite seram kikiki
norhidana & tiga lalat: kejadian derap kaki tu lepas lunch...kena sampuk tu sejam lepas tu...
diana rashid: dulu benda tu biasa datang...pastu senyap...ni datang balik...huhu...
Post a Comment