nuffnang advert
Wednesday, January 23, 2013
McDonalds bayar komuniti Islam AS$700,000
DEABORN, Michigan - Rangkaian restoran makanan segera McDonalds dan seorang pemilik francaisnya bersetuju membayar AS$700,000 (RM2.1 juta) kepada komuniti Islam di sini, untuk menyelesaikan saman berhubung sebuah restoran itu menyiarkan iklan palsu bahawa makanan yang disediakan adalah halal.
McDonalds dan Syarikat Pengurusan Finley's bersetuju pada Jumaat untuk membayar wang itu yang akan dikongsi bersama penduduk di sini, Ahmed Ahmed, sebuah klinik setempat dan Muzium Kebangsaan Arab Amerika serta peguam mereka.
Dalam komennya kepada agensi berita The Associated Press (AP) semalam peguam Ahmed, Kassem Dakhlallah berkata, beliau gembira dengan persetujuan itu yang dijangka dimuktamadkan pada 1 Mac depan.
Pada September 2011, Ahmed mendakwa telah membeli sandwic ayam di restoran Mcdonald di sini dan mendapati hidangan tersebut tidak halal malah, penyediaannya tidak dibuat berdasarkan garis panduan Islam.
Menurut Dakhlallah, McDonald menyediakan dua premis restoran makanan halal di AS dengan kedua-duanya terletak di sini ekoran daerah ini mempunyai bilangan penduduk Arab dan Islam antara yang terbesar di Amerika Syarikat.
Tambah Dakhlallah, restoran tersebut sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan produk halal tetapi mereka menjual makanan tidak halal apabila kehabisan stok.
"Ahmed telah menjalankan siasatan di premis berkenaan dan dia mendapati restoran tersebut memang menjual makanan yang tidak halal dan ini bukanlah kali pertama perkara seperti ini terjadi.
"Satu surat telah dihantar kepada pihak pengurusan bagaimanapun tiada tindakan diambil oleh mereka," katanya.
Mereka kemudian memfailkan saman di mahkamah Daerah Wayne pada November 2011 untuk tindakan selanjutnya.
Ini merupakan tuntutan pertama yang diterima McDonald di AS berkaitan isu makanan halal.
sumber: kosmo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
macam-macam Mc DOnald.. Ros dah 5 bulan tak makan di Mc Donald. harap hati ni kuat :)
huhuhuuhu..dh lama tak mkn mcd ni..klu dlu mmg tmpt fevret pegi sbb fries dia sgt sedap..
alahaiaiii ...
moh pi KFC
alamak .. apa cer pulak MC D ni
all: eh, korang jgn risau lah...ni news kat oversea jer...hal kat oversea...malaysia tak de hal la...
ermm sah lame nisah tak mkn mcD ni.. macam2 hal .. dorang pun satu, nape la nak jual jugak makanan tak halal tu..
oo nasib kat oversea
baru semalam makan burger mekdi ni..sebab bos nombor satu belanja burger utk meeting..
dah lama x makan mcd...
ehem dah lama mama tak lepak & mkn2 kat McD. :(
Mcm2 hal la derang ni. Hrp2 kt mesia x mcm ni
Salam.
Puan minta pautan dlm blog puan. Sy senaraikan blog puan dalam BLOG SANTAI DAN HANGAT. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan.
Satu pengajaran kepada restoran yang mengambil kesempatan ke atas umat islam.
dah lama tak ke mc d
lama tak makan mcd.. beli sbb emergency je..
Dah lama tak pergi mcd...
Post a Comment