nuffnang advert

Wednesday, December 14, 2011

soal jwb agama: bacaan Al-Quran utk si mati, rajuk dgn mertua & larangan bernasab bapa angkat

Bacaan al-Quran untuk si mati


MINGGU lalu, ada kematian di kampung saya tetapi waris kepada si mati tidak tahu membaca al-Quran.
Mereka memasang bacaan Yasin dan memperdengarkan kepada si mati menggunakan telefon bimbit.

Saya melarang mereka berbuat demikian dan menasihatkan mereka, jika tidak tahu membaca al-Quran cukuplah sekadar membaca al-Fatihah untuk disedekahkan kepada si mati.

Mereka tidak mengendahkan nasihat saya dan terus memasang bacaan itu.
Setelah bacaan Yasin habis, telefon bimbit itu seterusnya memainkan lagu cinta atau sebagainya, lalu kelam kabut mereka menghentikan mematikan lagu itu.

Adakah dibenarkan memasang bacaan ayat suci secara digital kepada si mati?

ROSDI MUSA
Kulim, Kedah



Bacaan al-Quran tidak perlu diperdengarkan kepada orang mati. Yang patut membaca, mendengar dan meneliti al-Quran ialah orang yang masih hidup. Orang mati boleh disedekahkan bacaan al-Quran daripada anak soleh yang akan sampai kepadanya.


Rajuk dengan mentua

SAYA pernah terdengar mentua mengumpat keluarga saya dan berasa sedih. Sejak peristiwa itu saya tawar hati mengikut suami pulang ke kampungnya. Setiap kali pulang ke kampung suami, saya pasti berubah kerana masih marah dengan peristiwa itu. Suami tidak tahu perkara itu kerana saya tidak memberitahunya. Mentua gemar mencampuri urusan rumah tangga dan membuatkan saya tidak selesa.
NURI
Pendang, Kedah



Memang sukar menghadapi mentua begini dan sebaik-baiknya saudari kekalkan rasa hormat walaupun perasaan sayang sudah tiada dan tawar hati untuk pulang bersama suami.

Apabila berkahwin, terimalah hakikat bahawa kita juga berkongsi sesetengah perkara dengan keluarga suami. Pulanglah menziarahi keluarga mentua sekadar perlu tetapi berhati-hati supaya urusan keluarga tidak dicampuri.

Selalulah berbincang dengan suami kerana dia perlu tahu hal sebenar. Sebagai suami dan ketua keluarga, dia juga wajib mengimbangi di antara rumah tangga dan keluarganya dengan baik. Nabi Muhammad SAW juga berpesan; “Bahawa ipar duai dan mentua itu maut atau cubaan besar.”


Larangan bernasab bapa angkat elak kecelaruan


IBU saya membuat wasiat kepada saya dan suami sepuluh tahun lepas, sekiranya adik perempuan saya meninggal dunia jangan berbintikan namanya. 

Adik saya diserahkan kepada emak saudara sejak bayi (permintaan emak saudara) dan berbintikan ayah angkat. Berlaku pertengkaran keluarga kerana ibu saya membantah perkahwinan mereka dan keadaan itu menyebabkan ibu saya menangis setiap hari selepas solat.

Saya cuba merapatkan kembali perhubungan antara emak dan adik namun tidak berhasil. Perlukan saya memberitahu adik saya perkara ini atau sekadar mengabaikannya?

ROSE,
Negeri Sembilan


SEORANG anak angkat hendaklah dinasabkan kepada ayah kandungnya dan bukannya ayah angkat. Islam melarang perbuatan itu dan perlu dipatuhi setiap umatnya.

Ini kerana apabila seseorang anak angkat dinasabkan kepada ayah angkat, ia membabitkan soal berkaitan perwalian dan pewarisan harta hingga timbul kecelaruan dalam soal berkenaan kelak.

Lebih baik menceritakan hal itu kepada adik dan keluarga supaya mereka memahaminya.

Hal berkaitan wasiat ibu itu, boleh juga diceritakan kepada adik secara berhemah supaya hubungan dapat disatukan kembali.

Buatlah perancangan supaya kedua-duanya dapat berbaik kembali.


sumber: harian metro

27 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

ade pulak bg dgr guna hp bacaan Yasin.. huhu

ArELeEz said...

kes #1 tu m'insapkan la.. nauzubillah..

diana said...

pasang rakaman ayat quran???
dia tak tahu sebenarnya bacaan quran tu untuk apa sebenarnya...
dia ingat sekadar perdengarkan saja...

:: Mrs.Eady :: said...

suka soalan no.2 tu..

luahfikiran said...

SALAM,
TKASIH ATAS PERKONGSIAN INI. SEHARUSNYA DIJADIKAN PANDUAN

eB ezrin said...

tq, tapi ssh kalo mertua x suker kiter. wat la apa pn. hu3

dakcik said...

TQ for sharing..;)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

“Bahawa ipar duai dan mentua itu maut atau cubaan besar...fuhhhh... mmg menakutkan kalau dpt mertua yg gitu...

Juliet_iRa~" said...

kes 1 tu ira xpernah jumpa plak...

thanks kak share..:)

Prettywrite said...

sedih pilu roh si mati dengan perbuatan ahli keluarga macam tu..ada jugak orang macam tu..alahai..

zuwaidah said...

lebih afdal kalau kita sendiri yg sedekah alfatihah dan yassin pada arwah kan.

Munnafendy said...

bg sy yg paling rumit sekali soalan no 3. mak n ayah angkat patut sedar hukum2 Islam sblm pndai2 nk bintikan nama adik org tu dgn nama ayh angkat..

Nens Collection said...

aduss..sume nk digital..
pasang bacaan quran plak..huhu
nauzubillah...

LAici KAng Ais said...

nice sharing :)

Dilla Ady said...

hmmm...dasat jugak ye yg perdengarkan yasin tu..

Tihara said...

soalan pertama tu bagus sbb rmai org tk sedar ttg sedekah bacaan utk si mati..W.A

MULAN said...

tqs for sharing...

mama aini said...

thanks share !!..mama suka yg ke2..harap2 nanti mama bukan mertua yg begitu !!..he2x..

Acik Erna said...

wahida..memang ada mertua yang macam tu..soal bapa angkat..kalau dah terlajak.dari awal ditukarkan nama bapa memang susah nak dibetulkan semula.

Softtouch [Hanim] said...

yg soalan no 1 tu mcm terkejut pulak sy...

emmm pasal mak mertua...anggap je mil tu mcm mak kita...

azieazah said...

Pasang hp utk mengaji?

Uishhh tak da ker Imam ker, Ustaz ker yang boleh ditanya?

mak encik | SZ said...

soalan no3 agak mengelirukan ... ayat pertama tu...ke saya je yg konpius ni..hadess

mak encik | SZ said...

opss..okey2 dah paham...mungkin yg nak dimaksudkan bila si anak meninggal dunia akan dibacakan talkin berbin/bintikan ibu kan...si ibu plak berkecil hati dgn si anak ...

Queenie said...

Laaa wahida...akak berkenan ngan pesanan nabi saw ttg iparduai dan mentua tu dan konon nak kopipes jer masukan kat sini sekali tu dia tulis waa..nak ciplak eh? terus tersegan hehe....

terimakasih atas perkongsian ini..

rasp said...

masyaAllah...boleh plak dipasangkan hp iye sis...
astagfirullahalazimmm...

MamaEma said...

ada juga yang camtu...

wan nurul hezrina said...

adagak pasang kat hp jer.mmg lah zaman moden sangatkan?sabo jerlah..yang ttg mak mertua tuh..ako pernah mimpi gaduh ngan kak ipar n mertua tapi dalam mimpijer.hakikatnya dorg ok jerk.hikhik..dlam mimpituh mmg rasa tak senang bila ada selisih paham.