Ibu hamil suntik insulin
SAYA berusia 32 tahun dan kini hamil lima minggu. Pada masa sama,
saya penghidap diabetes yang perlu mengambil suntikan insulin dan ubat
setiap hari.
Bilakah masa yang sesuai atau saya perlu segera untuk mendaftar? Saya juga ingin tahu kesan ubat yang saya ambil terhadap kandungan.
INA,
ANDA perlu segera mendaftar untuk pemeriksaan. Keperluan dos insulin anda mungkin berubah sewaktu hamil.
Perubahan paras gula di dalam darah anda (terutama penurunan) yang mendadak boleh memberikan kesan negatif terhadap janin. Kita sedia maklum bahawa pembentukan organ janin berlaku dalam trimester pertama, paras gula yang tidak dikawal elok (tinggi) boleh memberi kesan kepada pembentukan organ ini contohnya jantung dan seumpamanya.
Doktor di klinik kesihatan berkenaan akan merujuk anda ke hospital berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan doktor pakar perbidanan dan doktor pakar perubatan endokrinologi.
Bisul lembut bernanah
SAYA mengalami masalah pada permukaan kulit di bahagian kemaluan
(atas daerah V) iaitu terdapat bisul lembut dan mengandungi nanah
seakan-akan benjolan yang wujud apabila tapak kaki melecet.
LYNN,
Johor
SEELOKNYA anda mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengetahui lebih tepat jenis penyakit itu. Lazimnya bengkak yang lebih nyata pada waktu kedatangan haid mungkin ada kaitan dengan penyakit endometriosis bahagian berkenaan walaupun ia jarang berlaku.
Jika ia bisul (bengkak bernanah akibat jangkitan kuman), ia perlu dipotong, cecair kandungannya dikeluarkan (dan dihantar ke ujian makmal), sisa kantungnya dibersihkan dan anda diberikan antibiotik serta ubat penahan sakit.
sumber: harian metro
takut klu kena bisoi
ReplyDeletejom p autoshow Gomak .http://gilamodified.blogspot.com/2012/10/autoshow-uptown-sri-gombak-oct-14.html
info yg berguna...:)
ReplyDeletesumber yg bgus.
ReplyDeletePekabar?
Menantikan kehadiran di blog ta
nice kak!!! simple tp puas hati baca nieh...mana dapat?
ReplyDeleteinsulin?
ReplyDeletetroooommmmaaa!!!!
erk.. takutnye.. time kite ngndung mmg takut nak amek ubat pape.. takut effect kt baby.. ish... semoga tkde papelah.
ReplyDeletethanks kongsi info ni.. :)
ReplyDelete