(entry melekat hingga 11 Julai)
Assalamualaikum semua...
raya 2015 @ rumah nenek, Sungai Besar, Selangor.
tema: coklat
wah...lagi seminggu nak raya...
persiapan kami anak beranak macam biasa, sederhana saja...
dan macam biasa jugak, balik raya pun ikut sistem giliran..
dan itu yang kami amalkan walau dah hampir 12 tahun berkahwin...
kalau tahun lepas, raya pertama hingga ketiga dah berada di Sungai Besar,
raya tahun ni pulak raya pertama hingga ketiga kami akan berada di Linggi, N.9..
kami start bercuti pada 5hb Julai, dan akan balik Linggi pada 4hb lepas berbuka...
korang pulak start cuti bila? dan balik mana tahun ni?
di kesempatan yang mulia ni,
aku nak mohon ampun dan maaf pada korang...
kot la ada terkasar bahasa dalam penulisan sepanjang berblogging ni...
atau ada kata2 yang mengguriskan perasaan masa aku drop komen kat blog korang...
kadang2 apa yang aku tulis tu terlalu jujur atau terover excited,
sampai tak sedar apa yang aku tulis tu sebenarnya menyakitkan hati korang,
kalau ada aku mohon maaf sangat2 ye...
berhemahlah dalam berbelanja dan hati2 bila memandu ok...
much love,
Wahida, Shidi, Abang, Adik, Junior.
selamat hari raya aidilfitri
ReplyDeletemaaf zahir n batin ya
Selamat hari raya Wahida,
ReplyDeleteMohon ampun dan maaf andai ada terguris rasa, tercopy resipi :p sepanjang perkenalan kita di alam maya.
Semoga gembira bersama keluarga di Hari Raya.
=)
ain ya nun: copy resepi tu aku tak kisah pun nok...aku halalkan...sharing is caring gitu...
ReplyDeleteselamat hari raya jugak utk korang berdua, anum n ain...
ceq keje lagi ari selasa tu tp 1/2 day je waaaaaaa...
ReplyDeletebtw, slmt hari raya maaf zahir batin
selamat hari raya kak...
ReplyDeletedana pun mohon ampun n maaf andai sepanjang perkenalan kita di alam maya ini ada yg mengguris hati akak...
Dari kakak juga mohon keampunan dari apa juga salah-silap sepanjang berkawan di alam maya. Selamat Hari Raya.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya beb !
ReplyDeleteaku tak cuti pun sebab raya kl je ;)
linggi dengan rumah kita dekat dalam stgh jam
ReplyDeletejemput lah datang rumah ye
selamat hari raya too !!
Selamat Hari Raya...
ReplyDeleteMaaf Zahir Dan Batin...
Atas Semua Salah Dan Silap Rietta....
rietta cuti bila erk...
jap nak tgk kalendar...
hehehe....
selamat hari raya..
ReplyDelete*'entri ucapan raya melekat'- kerlasss sgt haih! ;-))
Amboi..
ReplyDeleteawalnya nak cuti blog..
Selamat Hari Raya kak sekeluarga..
Maaf terkasar gurau dlm IG kadang..
Akak juga memohon kemaafan ye Wa.
ReplyDeleteMana tahu komen2 akak ada yg menyinggung perasaan..
Pastu terover bergurau ke..
Usik2 dan menyakat Wa ke hihihi..
Wa maaf kan lah ye..
Selamat hari raya maaf zahir dan batin..
dari akak juga..
hati2 dijalan raya..
Cantik nok warna coklat koko baju raya ko sekeluarga ni :D
Selamat Hari Raya buat Wahida sekeluarga!
ReplyDeleteMohon maaf kalau ada salah silap ketika mengomen di sini. Manalah tahukan kita kata buat joke, orang rasa tak joke langsung *_*
Ni dah siap-siap buat ucapan ni, nak cuti berblogging sampai lepas rayalah yerk ^_^
Saya takda main nombor giliran. Ohsom pun tak pernah. Sejak berkahwin sampai sekarang, memang turn raya sentiasa di kampung saya. Mak mertua mari beraya dengan kami adalah ^_^
Selamat hari raya
ReplyDeleteWahida n famili
Mohon maaf juga jika ada terkasar bahasa
Selamat Hari Raya Wahida & Family.
ReplyDeleteBalik Linggi nanti jemputlah datang beraya
selamat hari raya kak ida ...
ReplyDeleteawalnye wish ... comey la hang ni kak ....
Mak berhariraya di KL je... kena jaga cucu2... :)
ReplyDeleteMak juga mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap walaupun kita hanya kenal di dunia maya sahaja.
Selamat hari raya, selamat bergembira dan semoga selamat sejahtera walau di mana juga berada...
selamat hariraya jugak dari kaknoor
ReplyDeletewah awal nya jaga diri ya
kaknoor jugak mohon ribuan ampon dan maaf andai ada salah dan silap
semasa di alam maya ni
Selamat hari raya wahida..maaf zahir batin ye
ReplyDeletekite stat cuti minngu depan..sabtu ni last keje..x sabo rasanya..sbb byk x prepare lagi walaupun sambut sederhana jek..
hati2 diperjalanan nanti..moga selamat semuanya sampai ke destinasi.
Selamat Hari Raya. Nani petang Jumaat gerak balik Pahang :D
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin dr akak sekeluarga...
ReplyDeleteselamat balik kampung...hati2 memandu di jalan raya...
akak tahun ni raya belah suami... 2hb dah mula becuti...
selamat hari raya kak. Nak buat jugakla entry camni hihhihihi
ReplyDeleteselamat hari raya sis gojes, maaf zahir batin yea, kosong2
ReplyDeletesalam aidilfitri kak
ReplyDeletemaaf zahir n batin
Salam kenal singgah dari blog kak Anajingga.
ReplyDeleteLinggi...??? dekat sangat dah dengan kampung Mrs. A ;-)