Wednesday, April 6, 2016

So Sweet, Pengantin Pakai Persalinan Neneknya Berusia 50 Tahun

Dalam sibuk kisah materialistik di majlis perkahwinan, apa kata anda ikuti kisah yang satu ini pula. 
Seorang pengantin perempuan lebih suka memakai persalinan pengantin neneknya, Margaret yang digunakan pada tahun 1966 dahulu. 
Cornie Bell, 21 tetap nampak sangat cantik dan menawan dengan persalinan berharga £50 itu dan tak memerlukan baju pengantin baru yang pastinya berharga beribu-ribu ringgit. 


''Saya berasa sangat tersentuh dan menitiskan air mata ketika mencuba baju nenek saya ini. Ramai yang terkejut bila tahu ia merupakan persalinan nenek saya yang berusia 50 tahun!" ujar Cornie. 

"Pada awalnya saya bimbang jika tak muat, kerana nenek saya mempunyai badan yang kecil ketika muda, namun saya rasa gembira sangat bila ia memang muat dengan badan saya."




Nampaknya perkahwinan mereka ini sangat istimewa kerana mengimbau detik indah neneknya, Margaret yang bakal menyambut ulangtahun perkahwinan dalam masa terdekat ini.  


CARI Infonet

13 comments:

  1. cantik...& elok lagi walaupun dah berpuluh2 tahun.

    ReplyDelete
  2. wow..cantik lg baju nenek dia..

    ReplyDelete
  3. memang cantik
    tinggi juga sentimental value baju kahwinnya

    ReplyDelete
  4. eh..mak aku pun masih simpan baju masa dia kawen dulu tau...nak tanya la nanti

    ReplyDelete
  5. tak sangka dh berusia baju tuh... tp masih elok cantik lg....
    sopan pun sopan...

    ReplyDelete
  6. waaa..elok lg ye..cantik plak tu~

    ReplyDelete
  7. Bukan main hensem atok dia masa muda tu haa hihi....
    Pandai nenek dia simpan gaun pengantin, elok sampai sekarang. Saya punya entah mana hihi....

    ReplyDelete
  8. cantik n simple bj nenek dia...lawa apa

    ReplyDelete
  9. wow..sgt2 bharga baju ni..
    nenek dia pon cantik jgk..

    ReplyDelete
  10. untungla nenek simpan baju dia dengan elok dan yg penting nenek dia punya trend tu masih boleh diterima sekarang ni .. x la nampak outdated ...huhu

    ReplyDelete