Thursday, January 9, 2014

Tidak perlu buang tulisan Jawi


PAPAN tanda utama SMK Convent Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang mengandungi tulisan Jawi.



GEORGE TOWN - Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Mertajam, dekat sini tidak perlu melayan sebarang permintaan atau arahan daripada pihak luar yang meminta agar tulisan Jawi pada papan tanda utama sekolah itu dibuang.


Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, papan tanda sekolah yang mengandungi tulisan Jawi itu telah dipasang sejak 10 tahun lalu dan ia tidak mempunyai sentimen keagamaan kepada mana-mana pihak.
"Saya difahamkan papan tanda itu sudah dipasang sejak 10 tahun lalu dan pihak sekolah tiada sebab untuk menanggalkannya atau mengganti dengan papan tanda baharu kerana langsung tiada kaitan dengan sentimen keagamaan.
"Malah tulisan Jawi adalah sama seperti tulisan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana ia ditulis sebagai tambahan bagi menggantikan tulisan roman yang merujuk kepada nama sekolah," katanya.


sumber: kosmo

11 comments:

  1. tulisan jawi kan indah di mata.

    ReplyDelete
  2. jawi je pun bukannya guna ayat² Alquran sungguh la klu nk buang... hmm

    org berbangsa cina zaman sebelum merdeka pun ramai yg boleh baca jawi tau ...

    ReplyDelete
  3. Takyah bg muka sangat..sikit2 diorang buang..lama2 xde apa yg tinggal..

    ReplyDelete
  4. Mcm ni pon nk jd isu sentimen kn..

    ReplyDelete
  5. mmm... ape2 je la depa ni... tu pun nak amek kesah.... byk lagi masalah negara lain la wei nak pikirrrrr

    ReplyDelete
  6. looorrr...masalah remeh pun nak pening2 bagai ke? tulisan je kot. adoyai

    ReplyDelete
  7. Tak de kerja cari kerja gamaknya depa nih.

    ReplyDelete
  8. tulisan jawi pun jadi masalah . dah mcm saja nak cari pasal lak ...

    ReplyDelete