CATHERINE Au Yuk-shan (kiri) diiringi seorang pegawai Jabatan Perkhidmatan Penjara Hong Kong menaiki sebuah van dari Mahkamah Daerah Wanchai, Hong Kong semalam. - Reuters
HONG KONG - Sepasang suami isteri dijatuhkan hukuman penjara semalam kerana mendera dan memukul orang gaji mereka dari Indonesia.
Amah malang itu didakwa diikat di sebuah kerusi dan dipakaikan dengan lampin orang dewasa ketika pasangan tersebut keluar bercuti selama lima hari ke Thailand. Mangsa mendakwa tidak diberi makanan atau minuman dalam tempoh tersebut.
Tai Chi-wai, 42, seorang jurujual barangan elektrik dipenjara selama tiga tahun dan tiga bulan. Sementara isterinya, Catherine Au Yuk-shan, 41, seorang pembantu di sebuah hospital awam pula dikenakan hukuman penjara selama lima tahun setengah.
Mereka didapati bersalah atas lapan tuduhan mendera dan mendatangkan kecederaan dengan sengaja ke atas Kartika Puspitasari, 30, selama dua tahun sehingga mangsa berjaya melarikan diri pada Oktober 2012.
Kartika juga pernah dipukul menggunakan rantai basikal, selain dicedera menggunakan seterika panas pada muka dan tangan.
Kes terbaharu itu nyata mencalar reputasi Hong Kong yang dikatakan sebagai negara selamat untuk bekerja.
"Keputusan mahkamah dibuat untuk memberi mesej jelas bahawa setiap pekerja dilindungi oleh undang-undang," kata Timbalan Hakim Daerah, So Wai-tak.
Satu kaji selidik yang diadakan oleh Misi untuk Pekerja Asing pada bulan lalu melibatkan 3,000 orang pekerja wanita mendapati 58 peratus daripada mereka menghadapi penderaan verbal. Sementara 18 peratus didera secara fizikal dan enam peratus lagi mengalami penderaan seksual.
sumber: kosmo
haishhhh gini plak jadinye...indon jadi bibik kat sini pandai lari2 dari umah majikan...kene sane kene dera...haa tu pun tak sedar diri lagi bibik2 nih....dpt keje kat malaysia dah cukup baik dah...
ReplyDeleteIndah khabar dari rupa kot HK ni.
ReplyDeleteKat Malaysia kena dera sikit masuk suratkhabar sana campur tangan sini campurtangan tapi hat majikan terdera, hilang barang tak de pulak nak kecoh. Entahlah...
pelik2 betul tgk manusia zmn skrg nih, dpt apa kalu dera2 amah nih... cer kalu dia sndiri yg kene dera... eeee geram tul... yg bini tuh keje kt hospital tp perangai mcm binatang gk...
ReplyDeleteHmm macam2 ..
ReplyDeletemacam2
ReplyDeleteada yang amah jahat
ada yang majikan jahat
eloknya yang amah jahat dapat majikan jahat baru bertemu buku dgn ruas gituh..
kesiannye... bile bibik baik dapat majikan mcm tu pulak dan sebaliknya...
ReplyDeletetu la..x habih2 nak mendera jer kerjanya...bengong tul..
ReplyDeletesaiko majikan dia
ReplyDeleteKejam sgt dah tu...ikat dikerusi 5 hari tak tinggalkan mknan pulak...
ReplyDeletecampak je 2 makhluk ni msk lombong..
ReplyDeletemm mcm2 noh..
ReplyDeleteni sure tu bukan bibik yg 1st..
myb depa dh ada bibik yg sebelum ni tipu ke hape ka.. tu yg kena balas dendam mmmm
Kadang2 manusia yg mengaku terpelajar ni lebih teruk dari manusia zaman jahiliah.
ReplyDeleteperbezaan status yg jadikan perkara ni berlaku ...
ReplyDeleteManusia diperhambakan seperti hamba abdi.
ReplyDeleteGila kjam dorg nie....dmana perikemanusiaan...
ReplyDeleteYa allah krsianya.sampai hati manusia bt manusia lain... Geram pulsk dibuatnya
ReplyDelete