SEORANG doktor dan jururawat sedang memeriksa Jasleen yang baru dilahirkan.- Agensi
LEIPZIG - Seorang ibu di Jerman selamat melahirkan bayi perempuan seberat 6.35 kilogram (kg) secara normal di sini pada 26 Julai lalu.
Bayi yang diberi nama Jasleen itu mencatat rekod sebagai bayi paling besar pernah dilahirkan di negara ini.
Akhbar tempatan Die Weil melaporkan ibu bayi tersebut yang berusia 20 tahun sebelum ini dikesan menghidap diabetes semasa mengandung.
Walaupun bayi itu besar, ibunya melahirkan Jasleen di Hospital Universiti Leipzig di sini tanpa perlu menjalani pembedahan Caesarean.
"Beberapa doktor memberitahu bayi saya besar disebabkan masalah diabetes atau tekanan yang saya hadapi," kata wanita itu.
Dia dan bayinya kini berada dalam keadaan stabil. Jasleen masih ditempatkan di unit rawatan rapi hospital berkenaan. - Agensi
sumber: kosmo
comelnya
ReplyDeletekuss semangat aihhh..gedebabnyer..alhamdulillah diahirkan selamat secara normal plak tu..ngeri plak alynn memikirkan 6 kilo tuu..3 kilo punn bnyk kali teran..kuasa yg maha esa kan..
ReplyDeletebersalin normal kan....
ReplyDeletekuasa Allah
ReplyDeletePerggghhh..semangatnya!
ReplyDeleteLahir normal plak tu..
rabak ... huhu tak leh byg ....
ReplyDeletekakak ipar saya detect kencing manis masa mengandung . anak dia sampai la ni montel wpun cuma minum susu ...
ReplyDeleteKoyakkkkk!!
ReplyDeleteMasyaAllah besornyaaaaaaaaaa...
ReplyDeleteMasyaAllah besornyaaaaaaaaaa...
ReplyDeleteSemangat betullll...dah mcm umur 4 bulan dah...
ReplyDeletefuh ! berpeluh nak kuarkan nie ..
ReplyDeleteanak2 akk 4 kg punn dah jenuh huhu
paling besar anak kedua 4.8kg
err... 6 kg sekali keluar...? cannot imagine neeee........ camne la keadaan maknyer tuuu uhuhuhu
ReplyDeletePerghhhh...besarnya. Normal plak tu.
ReplyDeleteBesarnyer die.....
ReplyDeletehadoiiyaiinyepon! camne la mak dia push kan? isk3..
ReplyDeleteSekali ganda kelahiran anak saya.
ReplyDeletetabik spring toing toing toing weh dia dapat banak normal!
ReplyDeletemak muda kot haha
ReplyDeletejamu susuk dara la nampaknya
ReplyDelete