Wednesday, July 24, 2013

soal jwb agama: Suami lebihkan isteri pertama


Apakah hukumnya jika suami melebihkan isteri pertama dalam segala hal termasuk duit, perhatian dan hari giliran.

Suami juga tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa. Segala tanggungjawab saya yang pikul seperti perbelanjaan anak dan sewa rumah.


Isteri kedua,
Kuala Lumpur




Islam membenarkan seorang suami beristeri lebih daripada satu (poligami; Arab, ta’addud al-zawjat atau lebih tepat polygyny dalam bahasa Inggeris).

Kebenaran Islam ini sesuai dengan fitrah seseorang lelaki berbanding perempuan.

Seterusnya soal nafkah biasanya tidak timbul kerana seorang lelaki mampu dan dilihat mampu untuk memberi nafkah asas kepada isterinya.

Ini bertepatan dengan seorang lelaki yang mempunyai tenaga lebih, mampu berusaha keras dan biasanya bertanggungjawab dalam menanggung anak isteri.

Hal ini diimbangi lagi dengan ajaran Islam yang menetapkan, antaranya supaya isteri atau isteri-isteri memenuhi hak mereka terhadap suami dengan tidak meminta-minta sesuatu yang lebih daripada keperluan hidup dalam nafkah, pakaian dan tempat tinggal.

Dalam soal poligami ini Islam bagaimanapun lebih menitik-berat persoalan keadilan berbanding perkara di atas.

Ini bersesuaian dengan tabiat seorang lelaki yang biasanya alpa dalam melayan semua isterinya secara adil.

Al-Quran mengingatkan kita terutama pihak lelaki dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap anak yatim (perempuan), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan (lain) dua, tiga atau empat.

“Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil maka (berkahwinlah dengan) seorang saja atau (kahwinilah) hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah an-Nisa, ayat 3)

Maksud keadilan di sini berkisar kepada hadiah yang diberikan dan giliran bermalam dengan isteri.

Ia hendaklah sama pada prinsipnya antara semua isteri. Dalam keadaan tertentu Islam masih membenarkan berlaku perubahan dan ketiadaan giliran apabila isteri terbabit membenarkannya.

Dengan kata lain, seorang suami hendaklah berlaku adil kepada isterinya tanpa ada ‘favouritisme’ (unsur lebih cenderung) antara mereka. Contohnya, dalam mengiringi suami ketika bermusafir, suami hendaklah mencabut undi dalam memilih antara isterinya.

Dalam kes puan ini, puan perlu melihat perkara yang saya kemukakan di atas dan membuat penilaiannya.

Saya melihat suami puan gagal berlaku adil dalam poligami dari sudut giliran. Ini yang ditekankan Islam manakala dalam soal yang lain ia adalah masalah perkongsian rumah tangga yang biasa.

Puan sepatutnya mendapat nafkah asas berupa makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan.

Begitu juga dengan anak di bawah tanggungan suami dalam perkara asas dan bergantung kepada kemampuan suami.

Suami yang gagal berbuat demikian dikira suami yang tidak menjalankan tanggungjawab kepada isteri dan anak. Beliau akan dipersoalkan di akhirat nanti. Tindakan mahkamah juga boleh diambil dalam mendapatkan hak anda dan anak.

Bagaimanapun, dalam soal bermewah-mewah tidak lagi menjadi tanggungjawab seorang suami seperti makanan mewah di hotel atau restoran berhawa dingin. Sekiranya suami mampu dan sudi membawa puan ke sana ia tidak menjadi masalah.



sumber: harian metro

19 comments:

  1. Wow...great sharing nok...so if x mampu berlaku adildr segala segi...cukup la sorang isteri

    ReplyDelete
  2. Ko ingatkan mamat yang baru kahwin lagi satu tu ke noks...Sapa nama dia Ashraf Muslim? Hahhaaaa...

    ReplyDelete
  3. tetibe t'kenang2 kat asyraf muslim-dayana-wan sakinah. hmm..

    ReplyDelete
  4. pada kaum lelaki yg tak mampu perlu renung dalam2 nih...hat kawin sorang pun byk masalah..kann

    ReplyDelete
  5. klu tidak mampu adil elakkan lah wahai lelaki ... besar beban kamu nanti akhirat


    aysraff muslim kena baca ni ... wakakakaka

    ReplyDelete
  6. hmmm.. kalau mereka mengkaji dulu sebelum kawin.. bagos la.. ini main kawin dulu baru kaji.. yg depa tau nak ikut sunah nabi kawin 4.. yg lain depa tak ikut..

    ReplyDelete
  7. selalunya dikahwini isteri pertama kerana cinta. dan dikahwini isteri kedua kerana nafsu. sebab tu isteri kedua selalu ditinggalkan sebab 'dah dapat'. ehhhh

    ReplyDelete
  8. kalau semua redha takkan berlaku kes tak adil tp banyaknya berlaku

    si suami- sblum kawen semua boleh,rasa mampu tanggung 2 family,tp lps kawen baru tepuk dahi.

    orang baru-sblum kawen konon semua tak kisah, balik sebulan sekali tak kisah asal kawen(nak ada ikatan sah) tp bila dah kawen,demam sikit call,kalau boleh nak suami sentiasa ada sampai lupa dia berkongsi dan lupa niat awal dulu konon menumpang kasih

    sy penah kenal sorang akak ni,20 tahun jd no2.dia tak penah kol suami bila giliran dirumah no 1.katanya 'akak tahu akak menumpang kasih.akak sedar diri,setakat ini org no 1 pun x penah kaco akak'

    mmg tabik dgn akak tu

    ReplyDelete
  9. ghasenya lah orang2 terpilih je yg mampu bermadu tapi masih hidup bahagia.

    ReplyDelete
  10. x fhm dgn lelaki yg suka poligami ni tp x reti nk berlaku adil ni...kawin nk ikut susnah nabi..tapi lain2 bab...ikut pala hotak sendiri jek kan nok..

    moode tetibe teringat si retis AM tu..hikkkkkks

    ReplyDelete
  11. info bagus ni utk lelaki.. hehehee

    ReplyDelete
  12. teringat ashraf muslim lak ... heheheee

    ReplyDelete
  13. Tu pasal bukan senang nak berpoligami nok....:P


    ps: lepas raya, boleh la kita jumpa nok..ko peluk la puas2 si zayyan tu,hahaha

    ReplyDelete
  14. bagi saya , tak kira la dari segi hak atau pembahagian harta , setiap isteri mesti sama rata . x wujud double standard ...

    ReplyDelete
  15. Dosa suami yg tanggung tp sb syg dunia dn akhirat utk suam maka doakn yg trbaik utk dia.Manusia byk kelemahan.Sy isteri ke 2 yg slalu tinggal sendirian, urus diri sendiri, jumpa suami sekejap2 jee.Suami pn mcm tk dpt perhatian dr is3 pertama tp tetap byk ruang utk ank is3 prtama.Sabar je Le labuuuu...Berdoa yg trbaik.Allah Maha Mengetahui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum sis..
      Kita serupa...

      Delete