Thursday, June 20, 2013

Cedera disamun adik kembar




BALIK PULAU – Seorang lelaki yang dalam perjalanan menjemput isterinya dari tempat kerja cedera akibat dibelasah sebelum disamun sekumpulan lelaki di Jalan Tun Dr. Awang, Bayan Baru di sini awal pagi semalam.
Lebih malang lagi, salah seorang daripada empat suspek terlibat ialah adik kembar mangsa yang bertindak menahan keretanya menyebabkan dia terpaksa berhenti di tepi jalan di kawasan tersebut.
Mengimbau semula kejadian pada pukul 3 pagi itu, Abdul Jabar Mohd. Ali, 37, berkata, dia telah ditarik keluar dari kenderaannya oleh tiga lelaki sebelum dipukul beramai-ramai.
“Saya tidak melawan kerana bimbang akan dipukul lebih teruk lagi.
“Selepas melihat saya cedera, mereka (suspek) mengambil barangan berharga termasuk wang berjumlah RM5,000 di dalam dompet sebelum beredar,” katanya di sini semalam.


sumber: kosmo

21 comments:

  1. itu la..klu dah smpai xmengenal saudara...susah la..kdang kdang org mrah bila kita xnak bantu sedara, sedangkan org xtahu, sedara itu kdg kala lebih bahaya dr musuh...

    pss...teringat kisah org senang dikampung, tidak mahu menolong adiknya yg susah...bkn xpernah ditolong, tpi tdak mengenang budi...dan pula tdak mahu berkerja, sebaliknye menagih dadah pula...tpi org luar, asik salahkan si abang...dikatakan kaya sombong, hanya yang dikampung sahaja yang tahu kisah sebenar...kesian juga rietta pada dia..

    ReplyDelete
  2. darah daging, satu kantung lagi tu.. ape la dia rasa ek

    ReplyDelete
  3. ya Allah...sampai kembar sendiri pon dia sanggup wat begitu...

    ReplyDelete
  4. Rasa kakak kembar dia juga yg jadi dalang kalau tak mana tahu dia ada bawa duit 5K...

    ReplyDelete
  5. astagfirullah.... manusia kalu dlm hati dh jadi syaitan mmg gitu, darah daging sndiri pun nk di samun nyer...

    ReplyDelete
  6. Bila nafsu dan syaitan bersatu...

    ReplyDelete
  7. kejam sungguh lah !

    ReplyDelete
  8. adek bradek sendrik tu ... dunia ni semakin pelik .....

    ReplyDelete
  9. adek bradek sendrik tu ... dunia ni semakin pelik .....

    ReplyDelete
  10. Kesiannya teruk tu kenanya

    ReplyDelete
  11. dia sakit mental kot adik mangsa tu sampai tak kesian abang sendiri..

    ReplyDelete
  12. byk betol duit dia bawa...
    5k dlm dompet

    ReplyDelete
  13. kembar pun sanggup buat mcm tu...apa punya family derrrr

    ReplyDelete
  14. banyaknya duit dalam wallet dia..

    ReplyDelete
  15. bila citer pasal adik beradik ni mmg serba salah . segala jenis lubang , ditolong tutup . tapi tetap nampak jahat dimatanya . bila dah x de tpt nak di tuju , diberi tempat perlindungan walaupun setiap hari dok makan tidur jer . sedihnya , dah tua lak tu ... kerana islam x benarkan , maka kena terimalah dia ...

    ReplyDelete
  16. mangsa tak mengenal siapa sekarang ni..

    ReplyDelete