KUALA LUMPUR - Dengan terungkainya teka-teki tarikh pembubaran Parlimen semalam, perkara pertama dalam benak pemikiran kita ialah bila rakyat Malaysia akan mengundi.
Selepas pengumuman pembubaran oleh Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak, tumpuan kini beralih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menentukan tarikh-tarikh penamaan calon dan mengundi.
Banyak pihak meramalkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan berlangsung antara 20 dan 27 April yang jatuh pada Sabtu.
Ia berdasarkan andaian semua Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan sama ada semalam atau sehari dua ini kecuali Sarawak yang belum perlu membubarkan DUN dan Negeri Sembilan yang terbubar DUN secara sendiri pada 28 Mac lalu.
Jika SPR tetap ingin mengadakan pilihan raya serentak seluruh negara, ia mesti mengadakannya sebelum 26 Mei iaitu 60 hari selepas DUN Negeri Sembilan terbubar.
Walaupun dalam kes PRU Parlimen, SPR mempunyai tempoh 60 hari sejak semalam untuk mengadakan pilihan raya itu.
Penulis cenderung untuk percaya petunjuk penting bagi penentuan tarikh mengundi banyak dipengaruhi tarikh Sidang Kemuncak ASEAN di Bandar Seri Begawan, Brunei pada 24 dan 25 April.
Ini memandangkan Malaysia adalah antara anggota penting pertubuhan serantau itu dan seharusnya diwakili seorang ketua kerajaan.
Dengan mengambil kira faktor-faktor di atas, banyak pihak meramalkan SPR dalam pertimbangannya akan menetapkan tarikh hari mengundi sebelum 24 April dan banyak pihak percaya hari mengundi mungkin jatuh pada 20 April.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sebelum ini menyatakan tempoh berkempen tidak akan kurang dari 10 hari dan jika dihitung ke belakang dari tarikh 20 April, hari penamaan calon mungkin jatuh pada Selasa 10 April.
Pemilihan Sabtu untuk hari mengundi difikirkan wajar kerana pilihan raya kali ini tidak diadakan pada musim cuti sekolah dan Sabtu perlu diambil kerana banyak bangunan sekolah akan diguna bagi tujuan menyediakan pusat mengundi.
Apa juga keputusan SPR, kempen untuk PRU-13 sudah bermula sejak setahun lalu.
sumber: kosmo
Tidak sabar untuk membuang undi. :-)
ReplyDeletekalau hari sabtu ok gak tu.. leh la balik mengundi..
ReplyDeleteaku ngundi DUN Nusajaya nok :)
ReplyDeletex sabar nk pi undi ni hehehe
ReplyDeleteMari kita mengundi! :)
ReplyDeletekat ipoh lak 27hb Mac.. ada budak keje kat pjbt UMNO yg ckp..
ReplyDeleteSaya pilih mengundi.. Hihihi..
ReplyDeleteaku ngundi Batu Pahat beb...penggaram gituhhhhh!
ReplyDeleteMAri lah mari...pergi mengundi ☺☺
ReplyDeleteAku DUN Pandan.
yg penting mesti hari cuti :)
ReplyDeletetak sabor nak mengundi...
ReplyDelete20 april ada byk wedding...!!!
ReplyDeletetak sabar nk mngundi kali pertama
ReplyDeleteYey...boleh kelik kg lagi.. Mujur blm tukar alamat mengundi..
ReplyDeletejgnla awal bln 5 hoho
ReplyDeleteehem tak sabar mama nak mengundi.. ;)
ReplyDelete