Assalamualaikum semua...
lepas dah pekena Mee Udang Ayu yg super sedap tu, kami direct menuju ke War Museum yg terletak di Batu Maung ni...
War Museum ni selain drp kita boleh tgk dgn mata kepala sendiri bagaimana kubu pertahanan askar British, kat sini jugak dorang ada sediakan paintball...
sila percaya, kami anak beranak, mak dan adik aku sgt teruja dpt masuk sini...
tempat ni adalah kubu perang yg dibina oleh askar British utk mengelak serangan musuh...kubu yg dibina pada tahun 1930 dan siap pada tahun 1939... kubu ini juga adalah pusat operasi tentera terbesar di Malaysia pada zaman tersebut..bagaimanapun kubu ini telah ditawan oleh tentera Jepun pada perang dunia ke II utk dijadikan tempat menyeksa tawanan...
di sinilah tempat gugurnya beribu2 bom dan peluru, di sinilah tempat darah2 tentera berguguran, di sinilah penjara bagi tawanan dan di sini jugaklah tempat pancungan kepala dan menyeksa tawanan...
tempat ni terbiar selama 60 tahun dan sekarang ia diambil alih oleh pihak tertentu (bukan kerajaan Pulau Pinang) utk mengembalikan nostalgia...
tempat ni terbiar selama 60 tahun dan sekarang ia diambil alih oleh pihak tertentu (bukan kerajaan Pulau Pinang) utk mengembalikan nostalgia...
jom aku bawak korang ronda dalam ni...
kena bayar dulu...
utk dewasa tiketnya rm20...kena tunjuk MyKad lah...
kanak2 umur 5 hingga 12 tahun pulak dikenakan caj rm10...
pas tu kalau nak bawak kamera masuk dlm, kena tambah rm2..
so, total kami kena bayar utk masuk War Museum ni adalah rm92...
museum ni adalah self guided...dorang letak arrow merah dan penerangan di setiap check point...korang kena ikut je lah check point ikut urutan, urutan check point ada dlm flyers yg diberi semasa di kaunter tiket...kawasan ni adalah sgt besar okey!!
adik aku try baju askar, topi dan senapang...senapang tu senapang betul tau...
eh, mak aku pun try jugak? heheh...mak aku setakat pegang senapang ni takde hal...tak berat pun katanya...maklumlah, mak kan polis wanita hebat kat Sg. Besar tu...heheh...
follow this way...
masuk sini sila jaga percakapan dan tingkah laku anda...heheh...
dari sini boleh nampak Jambatan Pulau Pinang... :)
cantik....
anak2 bersama meriam besar...
ok, yg ni tunnel...terowong ni mula2 je ada lampu...kat dlm gelap gelita tau...serius gelap...
berhimpit2 kami masuk terowong ni...nak rasa terowong askar British ni.....mak mmg sporting habis boleh masuk terowong tu...ni yg aku respek semangat polis mcm mak ni...
adik aku paling depan sekali...hubby kat belakang aku...gelap giler okey terowong ni sebenarnya...ni pun dibantu oleh lampu henfon adik aku dan lampu kamera...
yg kelakarnya, si adik mintak daddy dukung dia masa dlm terowong ni...dah la terowong ni sempit, dia mintak dukung pulak...gelak besar kami masa tu...hahaha....
yg ni senapang dgn bayonet yg digunakan oleh askar British...
panas weh tempat ni...muka adik berminyak2 dah tu....
panas weh tempat ni...muka adik berminyak2 dah tu....
yg ni pulak terowong laaaagi kecik dari terowong kami masuk sebelum ni..dlm terowong ni ko kena merangkak sejauh 7 meter dan lepas tu ko kena memanjat pulak 9 meter...haha...ni namanya terowong kubu bawah tanah...kami decided tak masuk terowong tu, tak kuasa...rosak seluar jeans aku nnt...kehkeh...alasan...
yg iyenya aku takut lemas dlm tu...huahuahua...
boot askar British...
peluru meriam zaman British...tak sure la masih aktif lagi ke tak..kalau aktif, mesti dah lama meletup ye tak..
ni pulak berek askar yg berkawal di atas bukit...kat bawah ada byk lagi berek2 lain...
Dik Emy berposing dgn anti air-craft machine gun...benda ni utk menembak sebarang kapal terbang yg melintasi tempat ni...
kubur Sarjan John Wolf...yg disemadikan di kawasan kubu ni...dia ni salah sorang askar British...
tembok yg kena bom...kesan bom yg masih kita dpt lihat...
ni salah satu bilik yg menceritakan tentang Landasan Keretapi Maut yg dibina oleh tawanan perang pada zaman Perang Dunia ke II...landasan ni dibina dari Siam hingga ke Burma yg byk mengorbankan nyawa tawanan perang tersebut pada tahun 1942-1945
paksu Emy (adik aku) dan anak2 aku main askar2 lagaknya...
tempat pancung kepala tawanan...
salah satu model motosikal pada zaman British...
alat2 yg digunakan oleh tentera Jepun utk menyeksa tawanan...salah satunya pencangkuk besi...
sedih dan pilu tgk gambar2 ni...serius sedih...
mak dan anak mati bersama selepas diseksa...
gambar mangsa rogol dan didera oleh askar Jepun...
lagi gambar sedih...bayi mati diseksa
dikatakan ini lah kapak sebenar yg digunakan utk memancung kepala
basikal yg digunakan oleh tentera Jepun utk menceroboh tanah Melayu melalui Kelantan...
basikal dulu2 ada plat number tau....nampak tak plat number kat tayar tu...
basikal dulu2 ada plat number tau....nampak tak plat number kat tayar tu...
pas tu mak aku ckp dulu2 basikal pun boleh kena saman...huhu...
kami dah habis tour kat War Museum ni...punyalah besar tempat ni...tapi serius tempat ni sgt best....cayalah kat mak, boleh tawaf tempat ni dgn steady jer...tapi mak agak letih la...
ok, tu serba sikit gambar yg aku boleh share bersama...byk lagi gambar sebenarnya....
pada korang yg mengandung atau bawak anak2 kecik mungkin susah sikit kalau nak masuk sini....bukan susah apa, sbb tempat ni besar sgt, takut korang tak larat...
tapi pada korang yg dtg Penang, tak dtg sini, mmg rugilah beb, sbb ini adalah kubu perang pertama di Malaysia dan kita boleh lihat dan rasa penderitaan tawanan2 dan pengorbanan askar2 kita...kita boleh tgk dgn mata kepala sendiri kubu bawah tanah, pejabat tentera, lokasi pengeboman, penjara, asrama tentera, stor senjata, dewan, kawasan memasak tentera, menara kawalan, anti-air craft, tempat hukuman pancung dan sebagainya....
ok, tu serba sikit gambar yg aku boleh share bersama...byk lagi gambar sebenarnya....
pada korang yg mengandung atau bawak anak2 kecik mungkin susah sikit kalau nak masuk sini....bukan susah apa, sbb tempat ni besar sgt, takut korang tak larat...
tapi pada korang yg dtg Penang, tak dtg sini, mmg rugilah beb, sbb ini adalah kubu perang pertama di Malaysia dan kita boleh lihat dan rasa penderitaan tawanan2 dan pengorbanan askar2 kita...kita boleh tgk dgn mata kepala sendiri kubu bawah tanah, pejabat tentera, lokasi pengeboman, penjara, asrama tentera, stor senjata, dewan, kawasan memasak tentera, menara kawalan, anti-air craft, tempat hukuman pancung dan sebagainya....
mmg betul2 buat kami insaf pada perjuangan askar2 kita...sayangilah Malaysia...semoga kita dapat memelihara keamanan ni...jgn ada lagi penjajah masuk ke negara kita...
inilah tempat sejarah yg mempunyai nilai sentimental yg tak ternilai harganya...
kalau korang nak gi sini, ni alamat dia:
Lot 1350, Mukim 12,
Daerah Barat Daya, Batu Maung,
11960 Pulau Pinang.
04-626 5142
016-421 3606
dibuka setiap hari dari pukul:
9 pagi - 6 ptg
7 ptg- 11 mlm
tapi tempat ni kalau nak masuk waktu mlm, agak scary kot...heheh...
7ptg sampai 11 mlm?
ReplyDeletegiler scary beb!!!
nak2 lalu kat kubu tu... serammmmmm
NM03: jgn masuk mlm la nok...masuk siang2...masuk malam, aku pun scary...
ReplyDeleteaduhh gigih ko dik masuk tempat2 macam nie .. kalau akak seram dah koot huhu
ReplyDeletesedih nyee tgk pic2 tuuu
tu yg malas kalau nak ke tmpt macam nie huhuh
teruja kan pergi sini. Masuk tak bilik 'pemuas nafsu' askar2 jepun? Siap ada kesan darah kering pd tiang katil & dinding... ngeri
ReplyDeletecayalah mak akak polis dulu eh?..sbb tu nmpk sihat dh air muka tu garang skit..cayalah!..hehe
ReplyDeletebyk info menarik dr n3 kak wahida ni..;)
sudipvssenduk: kami x dpt masuk kak...sbb bilik tu dah berkunci...tapi kami dpt tgk drp luar...semua bilik kt situ menyeramkan...huhu...
ReplyDeletetempat baru ye Wahida... rasanya dulu2 Batu Maung ni tadak pe pun.. bagus ni boleh terjah nanti..thanks sharing.
ReplyDeleteazian elias: kubu ni dah lama ada kak...zaman British lagi..heheh...cuma tempat ni dah terbiar selama 60 tahun, sekarang ada pihak ambik alih utk kembalikan nostalgia...
ReplyDeletetak nak pergi boleh? takut ..hahahaha
ReplyDeletehihihi, welcome 2 penang... anna pom
ReplyDeleten last g sana masa 2002 je..hihihi
Ish...aku sedih tgk gamba baby tu. Aduhai!!! Takpelah. syurga tempat dia.
ReplyDeleteMula2, plan nak g sini. Tp nmpk gaya tak jadilah kot sbb aku tak ley tgk gamba2 tu...
Eh, anak pilis ke? Samalah kita. Mak polis. Bapak pun polis. Haaaaaa~
bgs gk nih kak, bkn bdk2 je blh belajar kite yg mak pak pun blh belajar gk kn, blh tambah pengetahuan psl malaysia... kalu aku musti dh tercungap msk glm terowong tuh... seram2...
ReplyDeletesedih nengok gambar perang tuh kak, betapa kejamnyer jepun dulu kan, blh seksa bdk2 tak berdosa gitu
buat sy teringin nk ke sanalah kak...
ReplyDeleteakak dah masuk ke sini, masuk terowong tu. Bila ke dalam sikit sesak nafas weh. oksigen dah kurang.
ReplyDeleteni satu lagi tempat yg i lum pernah sampai...maluuuuuuuuuuu..
ReplyDeletenanti i pegi ye hehehehehe...
tapi kesian tul tgk gambar2 tu kan...
sedih ooooo sbb tau tu memang kisah benar & not lakonan....
banyak ilmu aku dapat dari n3 ko nih~
ReplyDeleteseram plak aku tengok tempat pancung kepala tuh~
perrghhh mak tu nyer gaya kasi seploh markah! ;-)
ReplyDeleteMalam pun bukak? Tak beragak betul.. Hehe.. Ada lampu ke kat situ? Hutan je tengok.. Kejam la tengok jepun ni pergi dera macam tu. Siap budak2 pun kena. Macam apa je.
ReplyDeletehazmin: mesti ada lampu tu...takkan bergelap je kot...tapi seram kot masuk malam2...
ReplyDeleteBanyak betl ilmu kat sini eh..aku masukkan dalam wishlist nak bawak anak dara aku pi sini...insyaallah..
ReplyDeleteko saje kan nk suruh aku repeat penang....
ReplyDeleteye tempat ni aku x jejak lagi...ada gak ko dh g, aku pon dh jejak...ishh penanggg...geyam nyeeee hehehe
he2x..kalau dah biasa pakai uniform tu..mesti teringin jugak nak pakai walaupun uniform askar..ya tak?
ReplyDeleteNice info kak..tgh plan nk terjah penang ni..
ReplyDeleteJust been here last sunday. Best tp kami masuk jam brp x igt.bt 4pm dah nk kluar sbb tk rmai org datang pun. Seram bila kita dh hujung2 dan dh masuk area kawasan tawanan kena rogol dan dera huhu . Mmg x masuk lgsung kawasan kena merangkAk th smua. Phobia
ReplyDelete