Wednesday, March 20, 2013

Cuti2 Penang: Rumah P. Ramlee, Georgetown

Assalamualaikum semua...
lepas kami cuci mata kat Lorong Kulit, kami singgah rumah kelahiran P.Ramlee...sebelah je dgn Lorong Kulit...so, kami decided jalan kaki je menuju Rumah P. Ramlee ni...

 kalau jalan kaki, kena ikut jambatan ni...laki aku ckp ni mcm jambatan yg dlm Madu Tiga tu..yg P. Ramlee lari drp isteri2 dia tu...hahaha...

 visiting hour...
masuk sini adalah PERCUMA ye kawan2...

 anak aku si abang adalah peminat tegar cerita2 P. Ramlee...dia org paling teruja nak masuk sini...asyik tanya bila kita nak sampai rumah P. Ramlee ni mama...huhu...
dan satu ketika dulu dia pernah ckp, dia teringin nak jumpa P. Ramlee...huahuahua...

 rumah beratapkan nipah dan berlantaikan papan...rumah ni dibina oleh ayah P. Ramlee iaitu Puteh bin Karim pada tahun 1926...rumah ni dibaikpulih semula oleh Arkib Negara Malaysia dan masih mengekalkan bentuk yg asal...

 P. Ramlee dilahirkan di rumah ini pada tahun 1929, setelah habis pantang selama 44 hari, P. Ramlee dibawa ke rumah ibubapanya di Kampung Jawa...tapi beliau seringkali berulang alik ke rumah ni sehingga beliau meninggalkan Pulau Pinang utk ke Singapura...


 jom masuk...kita baca sejarah2 P. Ramlee...

 IC P. Ramlee...

 mcm2 info kita boleh dpt kat sini...keputusan peperiksaan P. Ramlee pun ada kat sini...

 yg perempuan tu lah mak P. Ramlee...Che Mah binti Hussin...

 zaman sekolah P. Ramlee, dia aktif dgn pancaragam...syok pulak aku tgk gambar2 lama P. Ramlee...dari zaman kurus kering dia tu...heheh...

 katil besi yg digunakan oleh keluarga P. Ramlee turun temurun...kat bawah katil tu ada disimpan peti besi..peti besi tu sebagai ganti utk menyimpan pakaian...

masuk rumah P. Ramlee buat aku teringat rumah Mahsuri kat Langkawi tu...


 bersama basikal kesayangan P. Ramlee...


 jom kita masuk galeri P. Ramlee pulak...galeri ni kat dlm kawasan rumah P. Ramlee jugak la...

 sebenarnya kat dalam ni tak boleh amek gambar, tapi aku curik2 snap gak...haha...
laki aku siap tanya apa persamaan aku dgn P. Ramlee? haha...aku jawab senang je...P. Ramlee tanggalkan kasut sewaktu dia mkn...aku pulak, tak kira time, kalau tak berjalan, mmg aku akan tanggalkan kasut...so, kasut aku tu aku hanya pakai waktu aku nak berjalan je...kalau dah masuk kereta ke, atau berdiri lama, aku prefer tanggalkan kasut...tak sangka habit aku dgn P. Ramlee adalah sama...hahahaha....

ni pulak gambar P. Ramlee beberapa hari sebelum dia meninggal...nampak tembam kan dia...

kalau korang pi Penang, singgah la sini...tak rugi pun...sedih dan hiba sebenarnya bila baca sejarah P. Ramlee ni...gambar dia lagi dua hari nak meninggal pun ada dorang paparkan...tapi aku tak leh amek gambar tu, sbb org galeri duk tengok je aku...huhuhu...


so, kalau korang nak dtg sini, ni alamat dia: 
Lot 2180, Jalan P. Ramlee

10460 Pulau Pinang

Malaysia

Telefon : 04- 281 7484



Al Fatihah utk arwah P. Ramlee...

34 comments:

  1. Semoga arwah tenang di sana..

    best juga rumah p.ramlee tu ye.. klua ada rezeki ke penang teringin juga nak singgah..

    ReplyDelete
  2. hope dpt pegi rumah p.ramlee tu 1 day.. hehe.

    semoga arwah dicucuri rahmatNYA. Insyaallah :)

    ReplyDelete
  3. A'ah la.. Macam jambatan dalam cerita madu tiga tu. Kih3...

    ReplyDelete
  4. aku memang suka ke tempat sejarah cam gini lagi2 P.Ramlee..Harap one day dapat jejakkan kaki ke sana.

    ReplyDelete
  5. seniman teragung malaysia...dalam kenangan. al fatihah

    ReplyDelete
  6. aku sgt minat p ramlee. tp akhir2 hidup die sgt sedih...

    ReplyDelete
  7. 2 tahun 1/2 akak belajar kat PP, then selalu ke area ini, tapi tak pernah sekali pun singgah ke rumah ini. tak tau kenapa.. hee

    ReplyDelete
  8. hubby nens citer, kematian die sorang2 jek..xde sape peduli..ntah ler die tu betul ke idak..pepandai jek

    ReplyDelete
  9. mmg kalu aku sampai penang, rujuk n3 kau cukup2 la noks

    ReplyDelete
  10. Cemburu sangat makchaq ni.. makchaq orang penang, tapi tak pernah sampai tempat ni..
    Tempat2 lain yang Wahida review tu pun dah bertahun tak pi...

    Jeles 100x....lamanya tak balik penang tanah tumpah darahku.. rindu.....

    Wahida
    ada satu contest travel review.. makchaq rasa wahida boleh try la.. makchaq suka baca review2 yg wahida tulis.. hadiahnya travel, expenses free ke 6 benua dan dalam tempoh 6 bulan selesai tugas dibayaq usd50k.. tapi sensorang la.. mungkin ditemani photographer dan crew lain.

    ReplyDelete
  11. Al fatihah...sesungguhnya beliau tiada ganti

    ReplyDelete
  12. xpernah pun ke sini kalau ke penang.. :D

    ReplyDelete
  13. pernah sampai ke penang, tp x pernah lg singgah ke rumah p.ramlee. seniman agung yg sgt berharga hasil seni karyanya. al-fatihah...

    kak, kita pun lbh kurang, suka bukak kasut or selipar x kira time. gimme 5!

    ReplyDelete
  14. aku pernah ke rumah P.Ramlee ni dulu...tapi tak igt pulak part gambar dia makan bukak kasut tu...hahaha...wehhh, naik kereta pakai la kasut nok, bahaya tau aroma kaki dalam kereta bukak ekon...hahahaha

    ReplyDelete
  15. cantik je kan rumah org dulu2 ni :) sejuk je mata mandang

    ReplyDelete
  16. makchaq: wah, menarik tu, mana saya nak tau pasal contest tu makchaq?
    tengs for the info..tengs jugak atas pujian tu...hehe...blushing...

    daddy ziyyad: kaki aku tak keluarkan aroma ok...kehkeh...

    ReplyDelete
  17. zana pernah gie penang sekali jer.. tu pun masa zaman sekolah.. hehehe.. ada masa nanti nak jalan2 penang gak la..

    ReplyDelete
  18. salam..singgah sini dan follow :)
    Org penang sendiri pun tak pernah p rumah p.ramlee. hehe

    ReplyDelete
  19. kalau p.ramlee ada lagi mesti best filem melayu kita.

    ReplyDelete
  20. tak pernah singgah pon rumah p ramlee

    ReplyDelete
  21. al-fatihah....
    beliau tetap dikenang hingga kini...

    ReplyDelete
  22. banyak kali ke penang tp x pernah sampai rumah p.ramlee.

    ReplyDelete
  23. teringin nak pi sini..insyaallah satu hari nanti sampai la..

    ReplyDelete
  24. tak tahu pulak P.Ramlee nie ada umh kat penang...shadu pulok rase hati ni...pe2 pun al-fatihah utk beliau..

    ReplyDelete
  25. sampai ko nok ke rumah allahyarham p ramlee.....selalu tempat2 gini le org lupe nak pergi kan....mcm aku laaa...sibuk cari tempat makan best...tempat soping best.....

    ReplyDelete
  26. Alamk last year bulan 8 ada g penang tp knp terlupa nk singgah sini huhu..rugi ooo

    ReplyDelete
  27. kemain klasik umah dia sukala...

    ReplyDelete
  28. teringinnya nak sampai kesini..
    ok one day aku nak terjah.

    habit aku pun samalah wahida oii kasut /sandal/selipar hanya dipakai bila berjalan.hehe drive kete pun aku tanggal kasut =P

    ReplyDelete
  29. wahhh...info hang buat den teringin nak pi sana...err..citer jeruq campoq tak de ke..??

    ReplyDelete
  30. jebateja: adaaaaa, tp lambat lagi nak kuar n3 jeruk tu...heheh...

    ReplyDelete
  31. Saya pernah tinggal di Pulau Pinang ketika arwah bapa saya belajar di USM. Rumah kami seberang sungai Pinang dimana terletaknya rumah Tan Sri P.Ramlee.

    ReplyDelete
  32. ha, sini slalu masuk.. tapi tiap kali masuk mesti sedih terkenangkan p.ramlee...

    ReplyDelete