Thursday, January 10, 2013

Telefon pintar paling nipis di dunia



TELEFON pintar Alcatel One Touch Idol Ultra dipamerkan pada pameran CES di Las Vegas, Amerika Syarikat kelmarin.


PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile.

Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean.

Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah. 



sumber: kosmo

13 comments:

  1. tiap bulan ada je hp baru kan kan...

    ReplyDelete
  2. ade aje yg latest ye

    ReplyDelete
  3. Yg diidamkan pun belum termampu nak beli..kuar pulak yg lain..lebih nipis dan canggih...gajettt ooo gajettt...

    ReplyDelete
  4. rega confirm mahal kan..aku tgh mimpikan note II ni...

    ReplyDelete
  5. waww! nipis nyer. takot tak perasan jer..

    ReplyDelete
  6. Wah! Cina yang dapat dulu berbandign As dan Eropah tu yang best! ;)

    ReplyDelete
  7. mmg tak boleh nak pakai walaupun sy dah berduit.. sy nak jenis tangan bocor.. kang mulalah hilang ncet senipis ni tak perasan punyer pasal..

    ReplyDelete
  8. tak dan nak kejar gadgert ni

    ReplyDelete
  9. aiyo... kalu terjatuh bleh nangis wooo... nipis gilak!

    ReplyDelete
  10. nipis2 nie payah nau nk pegang...

    ReplyDelete
  11. ehem semakin banayak pilihan terkini.. ;)

    ReplyDelete
  12. Bila nipis bimbang pula mudah terpatah.

    ReplyDelete