Thursday, November 1, 2012

Duit kahwin DJ Hot FM disamun





HERMANSANI menunjukkan papan pemuka kereta tempat duit RM5,000 yang disimpan diambil penjenayah dalam kejadian di Jalan Pusara, Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu mengalami kerugian RM5,000 apabila wang hantaran perkahwinannya disamun dua lelaki yang berpura-pura dilanggar keretanya di Jalan Pusara di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 12.15 pagi, mangsa Mohd. Hermansani Aminudin, 29, atau popular dengan panggilan DJ Bell dalam kalangan pendengar radio memandu kereta seorang diri selepas gagal mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun sendiri selepas mesin pengeluaran automatik (ATM) semasa itu berada dalam keadaan luar talian.

Dia yang tinggal di Batu Buruk di sini kemudian bercadang untuk minum di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin kira-kira satu kilometer dari bank yang dikunjungi.

Bagaimanapun, cerita Hermansani, ketika sampai di Jalan Pusara tiba-tiba dia ternampak sebuah motosikal dinaiki dua lelaki rebah di depan keretanya.




sumber: kosmo
1/11/2012

41 comments:

  1. as salam

    macam2 taktik orang yea..desakan hidup apakah ini ?

    ReplyDelete
  2. mcm kisah sy dlu jek...duit hntrn kena curik.... :(

    ReplyDelete
  3. Mesti dia dah tahu DJ ni bawa duit. Ada informerlah tu... kesiannya:(

    ReplyDelete
  4. sgt tragik..tragedi oktober la kekdahnya..ada hikmah di sblik kejadian itu gamaknya kan..

    ReplyDelete
  5. bijak sekali diorg nih kan.. gerun tau..

    ReplyDelete
  6. RM5k....mmm, tak berkat le duit yg ko duk samun tu!

    Stupid!

    ReplyDelete
  7. malang tak berbau..alahai sian dia..

    ReplyDelete
  8. 12 tengah malam..kalau boleh elakkan lah malam malam gi ATM..ni pulak nak depositkan duit

    ReplyDelete
  9. bahaya simpan duit dlm kete skrg nih.....

    ReplyDelete
  10. kene sentiasa beringat... kalo gi memane, jgn le bwk cash banyak2, tapi tu la malang tak berbau kan.. takde rezeki dia... sabar je la...

    ReplyDelete
  11. ALAHAI SIANNYE....byk lak tu...

    hope dpt le pengajaran jgn simpan duit kat situ kan...cari laa tempat yg selamat....

    ReplyDelete
  12. kesian , dah tak ada rezeki dia , rezeki pencuri tu.
    Tapi duit panas takkan berkat punya..

    ReplyDelete
  13. kesian mmg kesian. tp pengajaran buat kita semua jugak. duit berkepuk2 camtu mmg org akan aimed. mmg org kana follow. kalau bole jgnlah singgah mane2 nak minum makan ke ape ke. dunia zaman skang ni x mcm zaman dulu. org skang rakus dgn harta kebendaan ni. huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. Salam Kenal Sis..

    Sekarang ni macam2 cara orang gunakan untuk cepat dapat wang. Kita semua mesti berhati2..Bahaya betul..

    Apa2 pon DONE FOLLOW.

    Blog Qashmere
    Style Me Gorgeous By Qashmere

    Take Care Sis..

    ReplyDelete
  15. Akak rasa masa tu sangatlah tak sesuainya untuk deposit duit riban2 tuh, kalau dapat depositlah siang2 nih sampai tengah malam baru nak depositkan sorang2 pualk tu. Agak la walaupun lelaki kes rompak, ragut, samun sekarng ni tak kira jantina. Berhati-hatilah....

    Tak dok rezeki...

    ReplyDelete
  16. dorang buat macam tu lepas ni tak der org nak tolong kalo ada yg btol2 cedera...

    ReplyDelete
  17. emmm..tempat paling senang jika kereta kene pecah..org x glemer pon jd mangsa,yg glemer lebih lagik kan

    ReplyDelete
  18. Bell... hurmm... tu la kalo ditakdirkan tak ada rezeki kita, cemana2 pon tak de jugak kan...

    kesian dia, tp rakan-rakan ofis akan bantu insyaAllah... ye la lg seminggu lebih...mana nk cekau nk cover RM 5 K tu kan...

    ReplyDelete
  19. aduhh ciannnn
    dah x leh kawin huhuh

    ReplyDelete
  20. aku ibu muda: masa copy n3 ni, aku terus teringat kat ko nok..ko sure kenal dia kan...

    kesian sgt kat dia..harap dia kuat dan tabah...

    ReplyDelete
  21. alahai... dahlah duit nak kawen tu...

    ReplyDelete
  22. bahaya sekarang..
    kita hilang nikmat selamat :(

    ReplyDelete
  23. takut betul sekarang ni.. nak buka pagar rumah pun kena pandang kiri kanan..hadui..

    ReplyDelete
  24. kesiannya, bahaya la .kena extra hati2 kalau keluarkan duit byk ni

    ReplyDelete
  25. 5k bukan kecil duit. Rasanya penjenayah sudah lama memerhati gerak geri beliau.

    ReplyDelete
  26. Kesian betul. Takpelah...ada hikmahnya tu.

    ReplyDelete
  27. Kesiannya,duit nak buat hantaran plk tu.

    ReplyDelete
  28. next time kena lebih hati2

    ReplyDelete
  29. camana penyamun tu tahu yg DJ tu ada 5K dalam kereta?

    ReplyDelete
  30. msti dia dh aim lama dh tu... mcm2 cara org nk cari duit mudah ni, tau merompak je... dasar bajingan

    ReplyDelete
  31. taktik ni selalu digunakan ..pura2 jatuh & kemudian menyamun..hu2x..kat klang ni selalu sgt jadi camni.. :(

    ReplyDelete