Mereka membuat kenyataan itu kerana Kareena yang mengamalkan ajaran Hindu tidak memeluk agama Islam sebelum dia berkahwin dengan Saif.
"Mengikut undang-undang Islam, perkahwinan itu dianggap sebagai anti-Islam kerana Kareena tidak menukar agamanya kepada Islam," kata seorang ulama di sekolah tersebut, Habibur Rahman kepada agensi berita Press Trust of India.
Status akad nikah pasangan artis berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya sama ada dilakukan mengikut ajaran Islam atau tidak.
Pasangan berkenaan pada mulanya mendaftarkan pernikahan mereka di Mumbai pada 16 Oktober lalu.
Majlis resepsi perkahwinan mereka kemudiannya diadakan di sini.
Menurut beberapa pihak yang rapat dengan pasangan tersebut, tiada majlis akad nikah seperti yang dilaporkan oleh pihak media.
Mereka menyatakan pasangan itu hanya sekadar melafazkan ikrar perkahwinan.
Sebelum ini, bapa Kareena, Randhir Kapoor menafikan anak perempuannya itu akan memeluk Islam.
"Tidak ada sesiapa yang menukar agama di sini, seorang insan berkahwin dengan insan yang lain dan mereka tidak kisah mengenai kasta, kepercayaan atau keturunan, " kata Randhir. - Agensi
sumber: kosmo
agama dah tak bermakna pd mereka..
ReplyDeleteCam sahberuk khan pun bini dia x peluk.Islam kan..apa la...truk betui..huh
ReplyDeleteAgama Ditolk Tepi..Kah3
ReplyDeletejangan ada masalah kemudian hari nanti udah....
ReplyDeleteas salam,
ReplyDeletemenyedihkan, moga terbuka pintu hidayah
Islam hanya pada nama..
ReplyDeletehm...
ReplyDeleteAyoyo
ReplyDeleterasanya shah rukh khan pun cenggitu jugak
ReplyDeletemasalah akn berlaku di kemudian hari nnt...
ReplyDeletemacam2 dierang ni...
ReplyDeletedah byk berlaku di negara lain spt indonesia..
ReplyDeletemahzab lain2..
ReplyDeleteHukum Allah ditolak, yg penting bahagia. "Bahagia didunia"
ReplyDeletenanti dapat anak..anak agama apa pulak?
ReplyDeletedunia akhir zaman........
ReplyDeletemcm2 kat india ni.mcm kes SRK juga.
ReplyDeletebollywood ni asal boleh jek.. atas kertas jek islam, tapi dah tak islam pun tu..huhuu
ReplyDeletebukan ke diaorg mmg kawen campur...xkisah kalau xtukar agama pun...erm
ReplyDeletedah selalu jadi kat sana kes cenggini.. astaghfirullah, moga darah daging kita tidak terjebak, nauzubillah...
ReplyDeleteehem..tak tahu nak kata apa?..singapore & indonesia juga byk terjadi perkahwinan begini..dunia dah akhir zaman.. :(
ReplyDeleteterpegun dengan komen disini :)
ReplyDeletebila agama islam bkn agama rasmi sesebuah negara mcmni lah akan jd, lgpun org islam kt sana selalu ditindas...
ReplyDeleteSubahanaAllah...
ReplyDeletedunia hamoir kiamat kan... islam hanya pada nama~
ReplyDeleteBila Ugama hanya sebagai pelengkap didlm kertas sahaja....
ReplyDeleteagama keturunan je..
ReplyDelete