Thursday, October 18, 2012

Bayi didera mati di pangkuan ibu





ANGGOTA keluarga mengangkat jenazah Nur Irisyafida Balkis untuk dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tambak, Batu Pahat, Johor semalam.



BATU PAHAT – Setelah enam hari bertarung nyawa, seorang bayi berusia lapan bulan yang mengalami keretakan di tempurung kepala dipercayai akibat didera, meninggal dunia dalam dakapan ibunya di sini kelmarin.

Bayi malang itu, Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim, meninggal dunia pukul 2.30 petang di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini setelah dimasukkan ke hospital itu pada 11 Oktober lalu.

Bayi itu yang turut mengalami patah tangan kanan dan kaki kiri dipercayai didera teman lelaki ibu mangsa, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tambak di sini, pukul 5 petang semalam.

Ibu mangsa, Rafidah Mohd. Ashak, 29, berkata, ketika dimasukkan ke hospital Khamis lalu, doktor memberitahu anaknya itu tidak mempunyai peluang untuk hidup.




sumber: kosmo
18/10/2012

39 comments:

  1. hai dunia....dunia....

    ahli syurga...

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah. Syurga tempatmu sayang.

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah buat bidadari syurga.

    ReplyDelete
  4. kejamnya pendera dia tu....takziah utk family...:(

    ReplyDelete
  5. Masa mula baca paper tu tadi mengalir airmata kakak wahida. Kampung tu kakak tahu tapi tak kenallah orgnya...

    ReplyDelete
  6. sedih baca,....kejam betol manusia tu..err,..manusia ker kalau dh kejam mcm tuu

    ReplyDelete
  7. Al fatihah..ciannyer baby yg x bersalah tu...nape la xde perasaan langsung org yg menderanye tu..cian sgt...

    ReplyDelete
  8. ke syurga lah dia.. alfatihah...

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah utk bidadari syurga nih.. sedihnya.. macam2 dunia skrg.. ermm.. :(

    ReplyDelete
  10. adoii, sakit hati baca nerita2 macam ni.. kenapalah didera bayi tu??

    manusia semakin kejam...
    allahuakbar

    ReplyDelete
  11. kurang ajar tul jantan tuh...ingat anak ayam ke nak dera2..sekarang ni xde la citer lain...jenayah main bunuh2 jer..

    ReplyDelete
  12. INNA LILAH...sedih nya. kenapa lah ada manusia macam ni. mana hilang rasa depa nii...

    ReplyDelete
  13. Al-fatihah...
    kejam betul si pelaku...

    ReplyDelete
  14. kejam betol manusia tu..
    syurga menanti buat si baby..al-fatihah

    ReplyDelete
  15. Al-fatihah, xdpt bayang camane, xblh dgr berita camni kak, aku tingat kat ank2 tetiba nak blk huhu

    ReplyDelete
  16. alfatihah.. i'm speechless utk komen benda2 yg mcm ni dah

    ReplyDelete
  17. geramnya org tu. xda perasaan lgsung. baby kecik mcm tu pun nak dera.

    ReplyDelete
  18. Al Fatihah buat Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim.

    Syurga tempatmu sayang.

    ReplyDelete
  19. ya Allah..patah riuk tulang dikerjakan nye... :(

    ReplyDelete
  20. al fatihah,kesian sgt,..apala yg dipahamkan sgt baby sebesar tu...knapa smpai jadi mangsa mcm tu...

    ReplyDelete
  21. manalah peginya sifat kemanusiaan tuh..

    ReplyDelete
  22. Al-Fatihah..

    sedih n tak boleh tgk berita2 camni. napalah kejam sgt org tu!

    ReplyDelete
  23. al-fatihah.... masa baca berita ni kat paper sedih rasa hati... semoga yg melakukannya di hukum segera

    ReplyDelete
  24. al fatihah utk bby tuh, tp sgt2 geram kt mak n bf nyer... nape lah asik ada je kes anak kene dera ngn bf mak nyer, blum kawin dh duk serumah ke,kalu tak camne blh kene dera? ish mencik

    ReplyDelete
  25. nokkk pagi2 aku update ni..smlm pun takde nok.. kompem.

    ReplyDelete
  26. nur irisyafida, saham akhirat buat ibunya di syurga kelak.

    ReplyDelete
  27. tulahh ada baca dlm blog blogger tadi .. sakit ati wa .. akak sakit ati ngan mak dia .. x kan mak dia x perasan .. x kan mak dia biarkan aje .. aduhhhhh geram ..

    walau x tahu hujung panggkal kejadian , back to back mother have too responsible ! ..
    manusia skrg perasaan kasih dan sayang semakin menipis huhuhu

    ReplyDelete
  28. Al-fatihah,kasihannya dgn anak yg masih kecik dan x berdosa tu.

    ReplyDelete
  29. menangisi cara kematiannya dan bersyukur akk selepas kematianya dari dia menanggung siksa..kerana dia adalah ahli syurga...tunggulah balasan Allah wahai lelaki....Al-Fatihah buat ahli syurga itu...

    ReplyDelete
  30. Alfatihah.... Takziah kepada keluarga mangsa....
    Jantan itu mmg kejam. Mcmmana sanggup dera bayi yg baru kecik... yg tak tau dan mengerti apa itu hidup. Yg siibu... kasihkan jantan itu dari anak sendiri???
    Jantan tu gila agaknya... huhuhu

    ReplyDelete