Tak mampu akikah anak
SAYA mempunyai lima anak, tiga perempuan dan dua lelaki. Sekarang, hanya anak sulung saja yang sudah melakukan akikah (tumpang). Anak yang lain, masih belum dilaksanakan kerana belum berkemampuan.Jika saya dan suami ada rezeki (kewangan mencukupi), adakah kami masih boleh laksanakan sekali untuk semua anak atau bagaimanakah proses dan tempoh sepatutnya bagi melakukan akikah?
Musykil,
KUALA LUMPUR
HUKUM akikah adalah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat dituntut untuk dilakukan) kepada penjaga atau ibu bapa yang menerima zuriat. Ia sunat dilakukan pada hari ketujuh sempena hari bercukur dan memberi nama kepada anak itu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh
(daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama.” (Abu Dawud, al-Tirmidhi dan Ibnu Majah).
Sekiranya akikah tidak dapat dilakukan pada hari ketujuh, Islam membenarkan akikah dibuat pada masa sebelum anak mencapai umur baligh.
Dalam kes anda, akikah kepada anak masih boleh dilaksanakan sekiranya berkemampuan. Bagaimanapun, kedudukan ekonomi keluarga perlu dipertimbangkan.
Islam tidak memaksa ibu bapa melakukan akikah sekiranya mereka tidak mampu.
Islam juga membenarkan anak itu sendiri melakukan akikah buat dirinya apabila mereka mencapai usia baligh dan mengetahui ibu bapa belum melaksanakan akikah buat dirinya.
Makruh hanya puasa pada Jumaat
APAKAH hukum berpuasa pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kerana saya dengar ada orang mengatakan ia makruh?
Selangor
PUASA sunat boleh dilakukan pada tiga hari berkenaan. Bagaimanapun, mengkhususkan puasa sunat pada hari Jumaat semata-mata hukumnya makruh.
Kalau hendak dilakukan pada hari Jumaat, ia hendaklah disekalikan sama ada dengan hari Khamis atau hari Sabtu.
Seterusnya, berpuasa pada hari-hari itu dikira sunat apabila semuanya termasuk dalam tiga hari malam bulan terang iaitu hari 13, 14 dan 15 bulan Hijriyyah.
Nama Rayyan, Fifi boleh digunakan
SAYA ingin mendapat penjelasan berkenaan nama anak saya. Anak lelaki diberi nama Rayyan sementara perempuan diberi nama Fifi saja.
INSAN KERDIL,
Kuala Lumpur
KEDUA-dua nama itu boleh digunakan kerana termasuk dalam nama yang mempunyai maksud yang baik.
Islam tidak pula mewajibkan setiap nama bermula dengan Muhammad, Nur atau Nurul.
Maksud “Rayyan” ialah “yang tidak dahaga.” Asal daripada kata perbuatan ‘rawiya’ bermaksud, ‘hilang dahaga daripada air’. (Marbawi, 257f).
Rayyan adalah salah satu pintu syurga dikhususkan bagi orang yang berpuasa. Nabi bersabda: “Di syurga terdapat lapan pintu. Ada pintu yang namanya al-Rayyan yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa.” (Bukhari dan Muslim).
Sementara nama Fifi ada digunakan dalam bahasa Arab bagi seorang perempuan. Sebenarnya ia adalah sebahagian nama panggilan kepada Josephine, iaitu bentuk feminin daripada Joseph (Arab, Yusuf).
Dalam bahasa Ibrani ia bermaksud Tuhan akan menambah ketakwaan, kuasa dan pengaruh.
sumber: harian metro
islam tu indah kan...byk kemudahan @ keringanan yg diberikan dalam melakukan ibadah ......:)
ReplyDeletethanx dikkk
ReplyDeletesharing pengetahuan nie
best sgt2 ;)
islam itu indah
ReplyDeleteislam itu mudah juga indah...
ReplyDeletenk baca sgt psl yg Rayyan tu...
thanks sharing info ni
ReplyDeletethanks k.wahida..
ReplyDeletebertambah lagi ilmu saya..;)
Moga jadi panduan mana yg ada keraguan..
ReplyDeleterayyan teringat kat anak buah hubby...
ReplyDeleteperkongsian ilmu yang berguna, tq...
thanks.. :)
ReplyDeletebagos persoalan ni :)
ReplyDeletebgs untuk yg dah kahwen ni :D
ReplyDeleteakak sgt suka dgn nama rayyan....
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi maklumat ni :)
ReplyDeleteItulah kebesaran Islam mudah dan indah.
ReplyDeletetips menambah ilmu lagi..
ReplyDeletethanks for sharing nok..
ReplyDeletebertambah ilmuku..
ReplyDeletethanks ahkak gojess =)
thanks for the share.....
ReplyDeleteisu yg menarik perhatian..thx beb sbb syare
ReplyDeletefirst time tau maksud nama fifi.. bagus gak kan letak nama pendek2 camtu..senang nak tulis masa dalam exam nanti..haha..
ReplyDeletegreat one..!!
ReplyDeletethanks sharing
ReplyDeleteada org panggil saya fifi dan saya tak kisah. tapi masa tu saya belum tau maksudnya dalam bahasa arab~
ReplyDeleteterima kasih bagi info ni..
ReplyDeletedapat baca kat sini.. :-)
THANX INFO
ReplyDeletethanx akak..untuk info ni
ReplyDeleterayyan tu dlm simpanan aku tu :P
ReplyDeleteok tq for the info!
ReplyDeleteMakchaq suka Wahida rajin post soal jawab ni..
ReplyDeleteboleh buat panduan dan tambah pengetahuan..