Kerajaan kena bina loji bersih air di kawasan gambut
Pekanbaru: Indonesia mempunyai air minuman paling teruk di Asia Tenggara, kata penyelidik air bersih di Institut Penyelidikan Indonesia (LIPI), kelmarin. “Hanya 30 peratus penduduk di bandar raya ini mempunyai sumber air bersih,” kata penyelidik berkenaan, Ignasius DA Sutapa yang dipetik akhbar Jakarta Globe, semalam.
“Jumlah itu menurun kepada hanya 10 peratus di kebanyakan kawasan kampung.”
Sasaran PBB
Indonesia perlu memastikan bahawa sebanyak 50 peratus daripada penduduknya mempunyai akses kepada air minuman bersih jika negara itu berharap untuk memenuhi sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Negara yang menyertainya komited untuk membuktikan bahawa secara keseluruhan kesihatan, alam sekitar dan kualiti hidup memfokus kepada lapan sasaran isu seperti kemiskinan, malaria, HIV dan kelaparan.
“Sasaran untuk mendapatkan air bersih di Indonesia adalah terlalu besar bagi syarikat air tempatan, PDAM sendiri untuk mencapainya,” kata Ignasius lagi.
Kerajaan perlu fokus kepada membina lebih banyak loji membersihkan air di kawasan gambut seperti Sumatera, Kalimantan dan Papua.
“Bagi kebanyakan kawasan gambut, air adalah tidak terlalu bersih untuk digunakan.
“Program penapisan air gambut kini berjalan di perkampungan Tanjung Leban, di Bengkalis, Riau yang berjaya menyediakan air minuman bersih kepada penduduk tempatan,” katanya. - Agensi
sumber: berita harian
06/07/2012
baguslah utk rkyt dorang :)
ReplyDeleteMereka proses sendiri pakai sendiri oklah. Org Johor air sendiri proses luar negara last bayar bil tinggi:(
ReplyDeletenasib baik air kat malaysia tak seteruk di sana
ReplyDeletesalam yang, tu la kawan akak siap sakit misteri lepas balik dari indo trip, doc pun suspect food poisoning due to air x bersih..seramm jugee ya..
ReplyDeleteSeronok jalan2 tempat orang tetapi lagi best tempat sendiri. Negara besar isu air pun susah nak control.
ReplyDeleteAs salam Wahida,
ReplyDeleteTumpang sedih dgn keadaan negara dorang ni... Kat sini org2 Indo ni mewah2! Lepas tu tak boleh nak kurang dr org kite..sentiasa nak nampak lebih tau! Tp yg pelik dorang ni lebih dikenali dr negara kite, padahal we are far more modern & developed...sigh*
x dinafikan
ReplyDeleteair disana memang kurang bersih
akk dah pernah kesana kan
air mineral mereka mahal huhuh
Syukur kite disini
ReplyDeleteSyukur kita di sini banyak rahmat Allah bagi..semoga kita jadi hamba yg bersyukur dgn mentaati perintah Allah cara Nabi S.A.W..
ReplyDeletesyukur kita di sini takder masalah gitu..
ReplyDeleteKalau tidak salah saya sudah ada inovasi bekas air minuman untuk menapis air tetapi saya tidak ingat samada ia dibangunkan oleh WHO atau pihak lain.
ReplyDeleteehem kalau kesana kena berhati2..hu2x..
ReplyDelete