Wednesday, April 25, 2012

soal jwb agama: elak nama anak surah al-Quran, hukum lelaki memakai cincin emas putih & bercerai tapi tinggal bersama

Elak nama anak surah al-Quran

SAYA ingin menamakan anak saya mengikut nama dalam surah al-Quran contohnya seperti An-Nur, An-Nisa’ dan An-Najmi. Adakah ia sama seperti menamakan anak dengan 99 Nama Allah seperti Karim dan Latif?

Apakah hukumnya berbuat demikian kerana saya ada membaca yang nama itu mempunyai maksud yang baik.

NADIAH,
Selangor



ANAK adalah kurniaan Allah kepada setiap pasangan yang menjadi penyambung zuriat mereka di dunia ini. Islam menyuruh ibu bapa menamakan anak dengan nama yang baik.

Nama yang dipilih turut mempengaruhi peribadi anak. Antara nama yang baik ialah nama nabi dan rasul dan orang salih. Begitu juga dengan nama Allah dengan ditambah pada pangkalnya ‘Abd bermaksud ‘hamba’ seperti Abdullah (Hamba Allah).

Memilih nama daripada surah tertentu di dalam al-Quran diharuskan seperti nama nabi termasuk Yunus, Yusuf, Ibrahim dan Luqman manakala bagi perempuan seperti nama Maryam.

Bagaimanapun, penggunaan ‘al-’ pada permulaan nama seperti ‘al-Nur’ atau ‘al-Rahman’ seperti nama surah dalam al-Quran wajar dielak kerana ia adalah nama khusus dan ada juga terkandung nama Allah.

Nama seperti al-Nisa’ boleh digunakan seperti Khairunnisa’ atau Nisa’.


Haram pakai emas kuning


APAKAH hukum lelaki memakai cincin emas putih?


LOKMAN,  
Kuala Lumpur


DALAM berhias, Islam melarang lelaki daripada memakai perhiasan emas tetapi mengharuskan perak. Manakala dalam berpakaian pula Islam melarang lelaki memakai sutera dan membenarkannya bagi wanita.

Islam melarang lelaki menyerupai wanita dalam berhias dan berpakaian dan mengharamkan makan serta minum dalam bekas diperbuat daripada emas dan perak secara umum.

Emas diharamkan itu ialah emas kuning. Emas putih atau platinum tidak termasuk pengharaman emas ke atas lelaki kerana bukan emas dan ia adalah sejenis logam ini tidak dikenali di zaman dulu.

Hukum asal pada tiap sesuatu adalah mubah (harus) kecuali ada nas mengharamkannya. Al-Barra’ bin `Azib (r.a.) berkata bahawa Rasulullah s.a.w memerintahkan kami tujuh hal dan melarang tujuh hal.

Baginda memerintahkan kami mengikuti jenazah, melawat orang sakit, menghadiri undangan, membantu yang teraniaya, menjawab salam, menyebar luas salam dan mendoakan orang yang bersin.

Beliau melarang kami memakai bekas perak, cincin emas, sutera, termasuk sutera halus (dibaj), sejenis pakaian daripada sutera (qisi), sutera tebal (istabraq) dan pelana dari sutera (almathirah al-hamra’).


Bercerai tapi tinggal bersama

SAYA dan isteri sudah bercerai dan ketika masih dalam edah kami tinggal dan tidur bersama seperti pasangan suami isteri dengan kerelaan bersama.

Seperti yang diarahkan, kami mengesahkan perceraian itu di mahkamah namun bercadang untuk rujuk kembali secara sah. Adakah saya dan isteri dikira rujuk jika sudah bersama pada malam berkenaan?


AMRI,
Johor



DALAM keadaan itu anda sudah dikira rujuk kembali. Perkara berkenaan hendaklah dilaporkan kepada mahkamah bagi tujuan pengesahan rujuk sebagaimana pengesahan perceraian dibuat di mahkamah.

Dalam keadaan perceraian talak yang boleh dirujuk (raj’i), rujuk berlaku dengan kata-kata atau perbuatan seperti bersetubuh dan dorongan ke arahnya seperti pelukan dan ciuman.
Bagaimanapun Imam as-Syafi’e hanya menerima rujuk melalui kata-kata sahaja (Sabiq 2000, II: 178).




sumber: harian metro

31 comments:

  1. bagus info nih nok...tq 4 sharing

    cam laki aku la kan..masa hantaran kawin dulu aku bagi cincin suasa..tkpa la kot..tp malang tak berbau dia telah hilangkan..huhhu sabo je la..

    ReplyDelete
  2. EMMM..BERTAMBAH PENGETAHUAN..;)

    ReplyDelete
  3. setahu saya suasa pun tak boleh pakai sebab ada campuran emas kuning..

    dalam ceramah ustaz kazim dia kata kalau ada campuran emas walaupun sikit tak boleh..

    kalau emas putih tu, memang takda emas kuning tukan..hihi..nama ja emas putih.

    ReplyDelete
  4. tq for sharing...

    follow n singgah sini
    dr,
    http://afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. ohh..baru paham psl emas putih tu. maka blh la beli anniversary ring matching-matching gitu :p

    ReplyDelete
  6. bab pakai emas ni yang tak paham kenapa la ada org lelaki nak sangat pakai emas kan... pelik laa...

    ReplyDelete
  7. tengs ustazah Ida, share yg berguna n panduan kita bersama...

    ReplyDelete
  8. Tq atas perkongsian yang baik ini Ida, bagus untuk menambah pengetahuan kita tentang persoalan di atas

    ReplyDelete
  9. TQ sharing dik

    harap2 dpt jadi panduang buat org yg letak nama anak sesedap rasa tuu . kesiann kat anak2 bila dah besar ! ,.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. Bagus Wahida...!! Info yang baik...
    Boleh jugak le akak tambahkan pengetahuan..:)

    ReplyDelete
  11. sy tak tau pasal nama dgn surah Al Quran tu...tq yep =)

    ReplyDelete
  12. Dua anak akak nama surah.. Luqman dan 'Imran..

    Dah bercerai duk sekali..aduhhh..

    ReplyDelete
  13. alamak, mcm mana ni?? fai dh bagi en.hubby cincin suasa masa kahwin... mmg confirm ke suasa ni lelaki x blh pakai?? tolong2!!

    ReplyDelete
  14. fai: kalau suasa tu ada campuran emas kuning, mmg tak boleh tu..
    utk keterangan lanjut, tanya yg lebih arif ye...

    ReplyDelete
  15. info yg brguna..walapun nmpk remeh ttp memberi kesan yg besar pd kehidupan kita....

    ReplyDelete
  16. slm wahida..thnaks atas info2 begini..maaf mama down aritu..

    ReplyDelete
  17. As salam Wahida,

    Bolehlah bagi hadiah cincin emas putih buat hubby ;))

    ReplyDelete
  18. info yg sgt bgs kak... tq so much...

    ReplyDelete
  19. mmg trend skang semua org nk bg nama anak yg baik2 elok2 maknanya cuma klu para ibu bapa x didik anak btl2 maka x terbawak dek maksud nama anak tu nanti..

    ReplyDelete
  20. tp mengikut uai,lelaki tetap haram pakai emas putih. Nanti kak zar dengar balik ceramah dia...

    ReplyDelete