Boleh akikah seekor kambing
SAYA ingin tanya mengenai aqiqah. Apa yang saya ketahui, ibadat aqiqah adalah dua ekor kambing untuk bayi lelaki dan seekor bagi bayi perempuan.
Bolehkah, untuk bayi lelaki, dilakukan seekor kambing terlebih dulu dan melakukan seekor kambing lagi pada masa akan datang?
SHAHIRA KASIM
Muar, Johor
Memang benar bahawa aqiqah bagi anak lelaki ialah dua ekor. Ia adalah ibadat sunat yang digalakkan bagi ibu bapa yang mampu.
Jika kemampuan hanya pada seekor kambing, harus melengahkan seekor lagi sehingga ibu bapa ada kemampuan melaksanakannya.
Suami minta ‘ikut belakang’
APA hukumnya jika suami ingin meliwat isteri dengan alasan hubungan halal dan dia berhak melakukan apa saja kepada isteri demi menambah keintiman?
Apa pula hukumnya jika isteri menolak, adakah isteri berdosa kerana tidak mahu mengikut kehendak suami hinggakan suami bermasam muka. Apakah yang perlu isteri lakukan?
NANA
Petaling Jaya
Bagi suami isteri, hubungan kelamin dihalalkan dengan pelbagai aksi yang boleh mendatangkan keintiman kecuali meliwat isteri, yakni mendatangi melalui dubur atau menjimak isteri ketika haid.
Selain dua perkara ini, suami boleh mendatangi isteri seperti mana disukai.
Isteri berhak menolak kehendak suami yang bertentangan dengan syariah.
Ia tidak salah berdasarkan hadis yang mengatakan: “Tidak ada ketaatan pada perkara yang mendatangkan maksiat kepada Allah al-Khaliq.”
Nasihatkan suami supaya mencari yang halal. Banyak lagi aksi halal boleh mendatangkan keintiman tanpa perlu melanggar larangan Allah.
Solat sunat selepas majlis akad nikah
JIKA kita ingin melaksanakan solat sunat nikah, bilakah waktu yang paling sesuai?
Adakah sejurus akad nikah atau boleh dilakukan apabila semuanya selesai iaitu selepas bersalaman dengan hadirin, solekan dan baju sudah berganti?
HAMIMAH,
Johor
Melaksanakan solat sunat nikah boleh dilakukan selepas majlis akad nikah berakhir atau pada masa yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami.
Kedua-duanya hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah daripada sebarang keburukan.
Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya: “Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua” (Riwayat Ibnu Abi Shaybah). (lihat, http://www.iluvislam.com/tanya-ustaz/2817-solat-sunat-nikah.html).
sumber: harian metro
tahun ni tumbang 2 ekor... >_<
ReplyDeleteMoga boleh dijadikan panduan pada yg tidak faham...
ReplyDeletethanks atas panduan
ReplyDeleteTq Ida kongsi ilmu ini.....
ReplyDeletemummy gebus: haha...ko dah bocor rahsia kat blog aku ni...
ReplyDeletegood good! :)
ReplyDeleteinsyaallahhh
ReplyDeleteTQ sis .. very the good sharing !
muahhhhhhhhhhhhh !!!
tq for the sharing :D
ReplyDeletenota:wahida nnt aku nak buat2 tersesat area rawang pulak.pastu nnt ai call u yeh ;)
tq for sharing..
ReplyDeleteislam agama yang mudah dan tidak mmbebankan hambanya..
sme2 la menuju kearah kebaikan..insyaallah :)
thx for the info...
ReplyDeleteespecially for the last QA...
slalu kita tengok pengantin lelaki jer yg buat solat sunat tu kan...
jarang jarang jarannnnng sgt tengok pengantin perempuan buat solat sunat kan coz dah bermakeup bagai....
sy ingat pengantin lelaki je buat solat sunat nikah tu..... =)
ReplyDeletebanyakkan pergi majlis2 ilmu tambah pengetahuan
ReplyDeletebaru tahu utk lelaki kena dua ekor...
ReplyDeleteinfo berguna pasal akikah tue :-)
ReplyDeletetambah lagi ilmu =)
ReplyDeleteTQ sis..
ReplyDeleteBertambah ilmu lg.. ;)
memang bagus baca Q n A agama mcm nikan
ReplyDeletedapat menjelaskan apa yg tidak jelas :)
blog soal jawab agama... elok utk refresh mana yg terlupa..
ReplyDeleteilmu untuk dikongsi
ReplyDeleteadajugak nk kot blakang hmmmm
ReplyDeleteehem..thanks share kat entry ni.. :)
ReplyDeleteinfo bermanfaat :)
ReplyDeleteBest2x :)
ReplyDeletebukan nak ciplak eh..just nak kongsi..apa salahnya ilmu agama yang bermanfaat ini kita sebarkan..dapat jugak pahala..
ReplyDelete