Tuesday, March 13, 2012

paling malas....

Pada suatu masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka.



Tiada seorang pun yang malas. Suatu hari rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang MALAS.


Pada hari pengumuman tersebut muncullah seorang lelaki lantas mengaku… “Sayalah orang yang paling malas di kampung ini tuanku”.


Raja pun bertanya,


“kalau begitu sila beritahu beta apa tahap kemalasan kamu?” . Jawab lelaki itu: “kalau saya nak makan kena ada orang suapkan.


Haa…macam tulah teruknya tahap kemalasan saya tuanku”.


Tiba-tiba datang lelaki ke 2 berkata : “ Saya lebih malas dari dia tuanku”.

Raja pun bertanya: “Sampai mana pulak tahap kemalasan kamu tu?. Jawab lelaki itu: “kalau saya nak makan kena ada orang tolong kunyahkan tuanku”.


Raja geleng kepala.


“Isy,isy, isy… teruk betul tahap kemalasan kamu, ni dah sampai tahap maksimum, jadi kamulah yang paling ma..….”. Belum sempat raja menghabiskan kata-kata untuk mengumumkan lelaki tersebutlah yang paling malas di kampung itu, tiba-tiba bersuara seorang lagi lelaki lain dari belakang.


Lelaki ini kelihatan kurus dan amat lemah sekali berkata: “ Bukan dia …. tapi sayalah yang paling malas tuanku”. Raja bertanya : “Hah.. cuba nyatakan tahap kemalasan kamu tu”.


Jawab lelaki kurus dengan suara lembik: “ Isyh… nak citer pun malas…….”


 
 
sumber: cari.com

27 comments:

  1. huhu..lawak la..hiburan time petang-petang macam ni..

    ReplyDelete
  2. :-D lawak pepetg gini mmg best..
    mls nak komenn..hehehe

    ReplyDelete
  3. memang paling pemalas yg last tu haha

    ReplyDelete
  4. hahah....adey terkekeh kecik aku ketawa nok..
    alahai smpai tera tuh...

    ReplyDelete
  5. haha
    unta pdg pasir pn x mls mcm kamu!
    :D

    ReplyDelete
  6. malas pulak aku nak komen...hahahaha.

    ReplyDelete
  7. haha yang last tu mmg pemalas tegar! hahaa

    ReplyDelete
  8. hehehehe...terhibur ptg ni...

    ReplyDelete
  9. hiks...
    macam2 jenis org malas ni yer

    ReplyDelete
  10. hahahaha..malasnye si pemalas yg tahap kemalasannye melampau2..haha

    ReplyDelete
  11. hahaha, betol la tu.. nak citer pon malas...

    ReplyDelete
  12. raja tak sedar dia pun malas..:)

    ReplyDelete
  13. hahahahaha...nak cite pun malas..

    ah malas la nak komen! haha

    ReplyDelete
  14. Asalkan jangan malas nak update blog ye...

    ReplyDelete
  15. adehhhhh macam2 malas nie ..
    niehh akak tgh malas gak nie ;)

    ReplyDelete
  16. ya ampun pmalas btul nye dia haisyh

    akk pon kdg2 malas gak huhuhu

    ReplyDelete
  17. Moral of the story...malaslah berpada pada..hahaha

    ReplyDelete
  18. sy lagi mls nk buka mulut pn mls..haha (tpi dh taip dh pon..hihi )

    ReplyDelete
  19. malas nak baca!tak kosa nyah..hahahaa...

    ReplyDelete
  20. pemalas nak hapdet la nie..copy paste email..hhahahahahaha

    ReplyDelete
  21. malaslah nk gelak skrg nih..kemudianlah ye hehe

    ReplyDelete
  22. ha2x..memang paling malas pun yg last tu.. :)

    ReplyDelete