nuffnang advert

Friday, May 17, 2013

Cuti2 Jogjakarta: Telaga Warna, Dieng Plateau

Assalamualaikum semua...
dah sampai di Dieng Plateau dah...mula2 kami terjah dulu Telaga Warna...

 kami sampai sini sebenarnya agak lewat...dah pukul 4 ptg dah pun...maklumlah, kami dari Candi Borobudur, lama kat sana, take lunch lagi, lepas tu nak mendapatkan Dieng ni pulak 4 jam...mmg ptg la jawabnya kami sampai sini...Dieng ni adalah wilayah terpencil di Jawa Tengah...
tapi best giler, keluar je keta, punyalah sejuk berangin...sejuk giler weh...nyaman sangattt...
nak masuk sini kena bayar rp6,000 bersamaan rm1.90...

 wow!! cantiknya Telaga Warna ni...dengan gunung ganang dia tu...Subhanallah...
diberi nama Telaga Warna kerana permukaan airnya dapat berubah warna mengikut cahaya matahari, kadang tu bewarna hijau, biru atau kuning...

 indah sangat ciptaan Yang Maha Esa...

 tak sia2 kebas vontot lama2 dalam keta, view yg mendamaikan hati...

 ko tgk la supir kami ni, giler...bajet 3 lagi kosong katanya...hahaha...

 oh indahnya panorama...


 Telaga Warna ni sebenarnya ada dongeng dia tersendiri...dulu ada sebuah kerajaan di Jawa Tengah yang diperintah oleh Raja Prabu dan isterinya...Raja dan isterinya memiliki segalanya kecuali anak...
mereka menunggu dgn penuh harap dan akhirnya permaisuri pun mengandung...dan lahirlah anak perempuan yang sungguh cantik itu diberi nama Gilang Rukmini dan disayangi oleh org tuanya dan juga rakyat jelata...
tiba harijadinya yang ke 17, ramai rakyat memberikan hadiah padanya dan Raja Prabu menyimpannya di satu tempat...Raja cuma mengambil sedikit emas dan permata yang berwarna warni drp hadiah mereka utk dijadikan kalung utk diberikan kepada puterinya yg cantik tu...
tiba masa, puteri nya tu tak nak pakai kalung tu lalu dihempasnya ke lantai...dia ckp kalung tu 'jelek'...

 mak dia punya tak percaya puteri dia campak kalung mcm tu, kurang ajar kekdahnya, jadiknya mak dia pun menangis la bagai nak rak, rakyat jelata tgk pun nangis jugak...air mata dorang banyak sgt sampai membanjiri istana dan akhirnya kerajaan Raja Prabu ni tenggelam dan sudahnya terciptalah sebuah danau yg sgt indah ini...
hahaha...dongeng rakyat sgt kan...tapi itulah kepercayaan masyarakat di sana tau...

airnya bewarna hijau dan biru gitu...like....

 masak lah korang kena layan gambar model tak bertauliah neh...kehkeh...


 kat sini sebenarnya ada lagi telaga, tapi kami tak jejak semua, ada jugak beberapa gua...


tayang lagi ah gambar Telaga Warna ni..heheh...cantik banget kan....

32 comments:

:: CIKVIVA :: said...

serius cantik view dia...sejuk mata tengok..

attyfir said...

Memang cantik sangaaattt,...
macam lukisan..tp real.

Anum said...

salam jumaat yang indah
indahnya

Fazleyatul Aini said...

subhanallah indahnya

Liyana said...

bestnye bejalan..
ermm lama x singgah sini, cantik kakak btudung :)

lieyalatif said...

Subhanallah....cantik sgt ciptaan Allah swt....seronok dpt jalan negara org ni kan noks!

Tie HT said...

cantik views nya wahida..sukanya akak :)

E'in said...

wow bestnyeeee...

mamyharraz said...

subhanallah.
ohsem!gorjes!
tak tergambar dgn perkataan.
sgt indahh mmg tak rugi ko kebas
'von' selamat 4 jam wahida ;)

Dee said...

pemandangan nak naik sini pun awesome tapi wahida tertidur..kehkehkeh...

wahida said...

dee: tu lah, lama sgt dlm keta...haha...tertidur aku...tp bangun tu ada jugak amek gambar view nak naik tu...tapi gambar goyang la...tak kuasa nak upload...huhu...

akubiomed said...

Serius cantik.

Mulan said...

woaaahhh cantik yg view... tapi model2 lagi cantik jelita.. nnti pi sana boleh refer sini.. tqs for sharing dear...!!

JunAina said...

Cantiknya tapi mengenangkan 4 jam tu mak aiiii...

CaDLyNN said...

cantiknye viewwwwwwww
jeles sy..

Unknown said...

soothing habis lah indonesia ni dia punya pemandangan.

aku kalau ada rejeki nak wat slow shutter kat sini, insyaAllah

Izwa Kamaruddin said...

serius cantik!

Cho Zila said...

syiokkl.. syiok... terasa macam dah terbang ke sana...

dear anies said...

boleh berenang x? x pon mancing kt situ??? ;-)

wahida said...

khairin: berenang tu aku tak sure, tapi ada org dtg memancing kat sini...

suwara entertainment said...

subhanallah..cantiknya ciptaan Ilahi!
kak, ko mmg dah kurus la kak. kita jelly ok! :D

norhidana said...

subhanallah... cantik betul tasik tu kak...

[sutera kasih] said...

Subhanallah cantiknya ciptaan Allah Taala...bertuah akak dh smpai ke situ..suka la bc blog akak ni, suka sharing travelling akak ! :)

sbnrnya selain tu, sbb blog akak slalu post gmbr makanan hehe lapar lapar :P

amirah said...

subhanallah...cantiknya view..eh, model pun cantik jugakk

Unknown said...

memang cantek~
sejuk jer mata memandang~

Qhaifa Nur said...

Ya Allah, indahnya wahida...
terpegun memandangnya...

Rasp said...

subhnallah...memang view sgt ohsem!
model2 tu lagi lah ohsem kan....

tapi kan bila baca citer dongeng pasal telaga warna nie...
memang tergelak lah sis....
mau setahun dorang nangis tak henti2 kan sis hahahhahahaha...oppsss!

Unknown said...

kalau saya memang dapat penampor sulung dah anak gitu...hahhha

NM02 said...

cantek gambar ko kat pokok tumbang tu noks... aku suker.

Anonymous said...

mmg menarik sgtlah !

Suria Amanda said...

ya allah cantiknya nok...

Jati Wijaya said...

Assalamualaikum wr wb.

Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

Kami bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa, Bandung dan lain-lain.
Ada juga sewa kereta (avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50) seats dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)

Day 1
Kami jemput Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Selepas itu kita nak pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel guna check in. Selepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat perseiapan tour esok hari.

Day 2
Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.

Day 3
Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik raja, bilaman sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu menyusuri sungai bawah goa menggunakan ban. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati keindahan kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
Day 4
Drop airport

Harga bermula dari: RM 482

All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (optional)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide (by request)
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)

Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season

Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau
whatsapp +628985101301 (FREE).
Email: ganeshabantul@yahoo.com
FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

Wassalamualaikum Wr Wb